9.10.08

Bimbingan Asas Blog Buih.

Hari ini, ada dua penambahan baru disekitar perkarangan blog buih. Jika anda perasan, bagus! Jika anda tidak perasan, hari ini anda akan perasan akhirnya, oleh itu, teruskan membaca.

Di tengah2 ni, tempat yang anda tengah baca ni, isian blog yang utama dan asas. "Kalau tu pun tak tahu, tutup komputer, dah sampai dah masa tidur."

Di bahagian atas kanan, adalah waktu tempatan, Ini boleh digunakan dengan berbagai cara. i.e "Eh, dah pukul 1, malas la nak makan, baik baca blog buih ni" atau " Dah pukul 8 malam dah kat Malaysia, mesti diorg tengah makan Sambal Sotong dengan Paru Goreng...aku dapat tengok Siri Saiko ni je...."

Bawah dari tu, gambar Umar. "Dia comel, jadi gambar dia boleh aku letak kat situ. Tu sebab aku tak letak gambar ni atau gambar ni." Dua tu contoh buruk..jangan klik.{harap2 tak terlambat]

Seterusnya ada widget baru dari myflashfetish.com yang digelar Buih.fm. Fungsinya adalah untuk menujukan lagu kepada rakan2 dan juga kepada sesiapa sahaja. Kalau tak suka, boleh tekan butang "pause". Kalau ada lagu yang anda rasa best kalau diletakkan disitu, atau yang anda rasa patut saya dengar ataupun ingin diajak ber-jamming, Sila tinggalkan di kotak "comment"

Dibawah Buih.fm adalah benda kedua yang baru diletakkan hari ini. Ia adalah sticker. Takde fungsi apa2 pun kepada insan2 yang tak faham Bahasa Melayu. Kalau nak tahu saya ambil dari mana, klik pada sticker itu. "Berhati2, busuk tapi sedap" :)

Seterusnya, adalah Buihpatrol. Lebih besar jumlah nombor disini, lebih gembira hari saya. Terima kasih kerana terus membaca.

Buih-Buih Lalu adalah merupakan blog2 lalu yang difailkan mengikut bulan. Elok digunakan untuk memerhati berapa banyak kali aku telah menulis sepanjang kali terakhir anda masuk, kerana blog ini hanya mempamerkan satu entry blog terakhir sahaja.

Seterusnya adalah ruangan untuk Labels. Berikut adalah jenis2 Labels yang ada :
  1. Berbuih -Merupakan label asas untuk perkara2 am.
  2. Ape kejadahnya ini? - Siri berceloteh mengutuk kawan2 atau perkara2 yang menjengkelkan.
  3. Total FC - Team futsal/kawan2 di kampung halaman.
  4. Seven List - Tujuh benda/gambar/perkara/orang..ape2 la asal 7.
  5. Barangan - barang2 yang saya mahu, atau sudah dibeli atau nak suruh orang belikan..
  6. VC - Video Clip yang diambil dari youtube la...
  7. Siri Saiko Tokya Sampai Balik - Menceritakan tentang makanan tempatan, menjadi bahan untuk membuat kawan2 diluar negara Jealous.
  8. MCKK9498 - Alma Mater.
  9. Announcement - Pengumuman ( Macam entry ni lah!)
  10. +reset - Gambar sekeping.
  11. bass - rakan muzik kebanyakan nye yang main bass la.
  12. masak-masak - Hobi baru, memasak. Tapi masak macam cara nenek sahaja. Bukan nak jadi Chef pun.
Jadi kalau anda ingin membaca dibawah label yang spesifik, klik sahaja label tersebut.

Dibawahnya ada Rangkaian Buih. Ini adalah senarai blog kawan2 atau pun blog2 lain yang selalu saya baca. Klik sahaja semuanya. Semuanya kelakar dan seronok untuk dibaca. Tapi ada juga yang malas nak update blog dan Malaysiakini tu tak kelakar la. [Kalau sesiapa pun yang sudi mengizinkan saya untuk "link" blog anda, saya amatlah bebesar hati. Terima kasih, sila tinggalkan URL anda diruangan komen]

Bawah dari itu ada Live traffic feed widget. Saya suka melihat widget ini. "Setakat ini, blog saya sudah dilawati semua benua..yeah!"

Dibahagian bawah blog pula terdapat RSS link untuk feed Blog Buih yang boleh digunakan oleh anda yang menggunakan RSS reader dan lebih tech savvy.
"Tak payah pun takpe sebenarnya."

Dibawahnya pula ada Link dari Shopping & Sales. Ruangan ini amatlah berguna dan seharusnya diamati oleh segenap pembaca blog ini. Jika tidak jangan terkejut jika saya pergi ke mana2 Warehouse Sale yang menarik tatkala anda kebuntuan memikirkan rencana hari itu. [MPH WAREHOUSE SALE. must go!]

Kemudiannya, adalah ruangan favorite saya, "Useless Knowledge". Jika anda bosan, buka la Blog Buih untuk membacanya. Jika masih bosan, tekan saja F5 dan biarkan ia refresh sebentar untuk membawa maklumat baru. Jika terlalu banyak masa, bacalah ruangan sejarah dibawahnya. Tetapi yang itu hanya ditukar sehari sekali.

Jadi, setelah dibaca post yang panjang ini, adalah diharapkan agar blog ini dapat dimanfaatkan sebaik2nya untuk kegunaan bersama. Jika ada apa2 perubahan/pembaharuan yang anda inginkan, hubungi saya di kotak comment/bubbles.

blog buih

No comments:

Post a Comment