Aku terpikir akan tokya kalau makan kat sini. Aku yakin kalau Tokya yang ada ngan aku, atleast 5-6 jam kena duduk situ makan. Malam tadi, aku, kept & pasangan, Amad & pasangan, Shahir dan Nik Arief hanya mengambil masa tiga jam. Lepas tu terus main bola. Aku tak main bola..aku cuma berjalan2 sambil menjerit2 "Stimbot!Stimbot!", dengan harapan pihak lawan terkejut. Tapi ok la, score satu, assist satu...kalau dalam Yahoo fantasy league, dalam 15 point kot..Ok la tu...
Kalau korang klik kat link atas tu, gambar2 yang terdapat disitu, walaupun cantik2 belaka, tetapi bagaikan tiada sentuhan bernas lensa Leica, jadi aku sertakan gambar yang ditangkap menggunakan LX3..[haha]. "Nampak sedap lagi beb!"
Hari ni, ayam BBQ di kedai ini, tak perlu direbut2 seperti masa berbuka puasa. Hasil sesi makan2 tadi, ayam ini juga telah diberi nama baru. Nama ayam ini sekarang, Ayam Menyesal.
"Shahir, amik banyak2 lagi..tak cukup tu..menyesal nanti" tempik aku ditengah2 restoran.Jadi kalau anda kesana, jangan jadi macam orang di atas. Ambil Ayam Menyesal banyak2. Anda tidak akan menyesal.
"Eh, dah ah...orang2 semua dah pandang2 aku dah[pun intended], malu aku" Jawab Shahir sambil menunjukkan sifat bodoh sombongnya.
Selepas seminit makan...
"A'ah la...menyesal ah aku tak amik lebih2...Alaaaa dah abis ke??"Ujar Shahir sayu.
Ini bahagian noodles dan sayuran2. Aku tak banyak amik dari sini. Shahir je amik Bendi banyak2. Pastu tak nak makan. Lalu dia dipaksa dan dia akur.
Ini pula bahagian hidupan laut. Segala hidupan laut ada di sini la. Section ini memang mengingatkan aku kepada encik Razman. Dia memang suka "Chiiippuuutt"(Seafood). Tapi takde Ikan Koi la.
Ini lagi seafood dan haiwan2 pelik dari laut dalam. Tak tau la dari laut mana. Haiwan yang aku tak kenal, aku tak makan. "Takut gak beb, ada yang nampak macam span mandi."
Ini bahagian favorite aku. Bahagian bebola ikan. Aku rasa ade dalam 50 jenis bebola ikan disini. Ada yang takde rupa bola, rupa tali. Tapi takkan aku nak panggil Talian Ikan or Tetali Ikan? Ada yang rupa kepetak-petakkan, tapi kalau aku panggil ikan petak, nanti ada orang marah. Tapi aku rasa para pembaca yang bijaksana paham la kan, bila aku cakap bebola ikan tu, semua jenis la.
Berdasarkan kepada gaya tangan, daya imaginasi dan juga realtiviti kepada Bahagian AJKnya, saya rasa saya tahu siapa yang amik gambar ini. Secara teorinya, jika digentel2 bahagian ini, maka ia akan mengeluarkan lendiran dan juga binatang ini akan mengerang kesedapan. Namun, saya rasa binatang ini sudah mati dan sudah cukup basah direndam Tomyam. Tak payah la gentel. Mungkin binatang ini bukti Ikan Duyung wujud.
blog buih
No comments:
Post a Comment