Pagi ini, ketika aku masuk kedalam Facebook seperti biasa, aku dikejutkan dengan satu penemuan gambar yang berjaya menghiburkan hati aku. Mood tidak baik aku pagi ini adalah ekoran terpaksa tidur di atas tilam
tatami malam semalam, tanpa didampingi mana2 Geisha, hanya
adik sahaja kerana
parquet tingkat atas rumah semalam baru di sapu coating.
Tapi hari ini, dengan adanya gambar seperti di atas, aku rasa geli hati mengenangkan nasib orang kita di perantauan. Acapkali aku mengingatkan beliau tentang makanan2 yang ditinggalkannya di dalam
blog ini mahupun ketika di MSN Messenger. Malahan, aku turut memberikan gambar nasik lemak ini kepada nya.
"Tak baik wei" Ujarnya sayu.
"Itulah, siapa suruh buat gaya ala-rockers atas kapal ketika belayar bersama orang putih?" Bisik hati hitamku. Walaupun muka ala
Mawi lebih terserlah berbanding gaya
James Hetfield.
Persoalannya di sini, adakah Mat Salleh bertiga dibelakangnya membincangkan ke
poyoannya? Mungkin yang berbaju merah itu terpaksa menoleh untuk menahan muka gelaknya. Yang duduk dibelakang itu pula, terpaksa memandang kelangit untuk menahan rasa mual apabila melihat gaya ini.
Oleh yang demikian, walaupun kita berada di atas kapal di tengah laut, jangan lah kita membuat aksi2 yang membolehkan orang putih berkata "what the hell is this?" atau dalam bahasa Melayunya "Apa kejadahnya ini?"
blog buih
No comments:
Post a Comment