13.8.08

Ape kejadahnya ini? siri 10 (edisi bonanza)

Ye, tanpa disangka2, sudah sepuloh siri Ape kejadahnya ini? berlalu. Baik dari yang kelakar mahu pun yang amat menjengkelkan dan yang amat mengharukan.

Namun, kita ketepikan yang sudah berlalu sebagaimana kita selalu memperlekehkan bangsa sendiri dan kita bergelak ketawa dengan edisi bonanza ini.[emo sikit je lagi...ok dah tak dah]

Bertempat di Dewan Perdana Felda, telah berlangsungnya perkahwinan yang dinanti2kan bukan sahaja oleh bakal pengantin, malahan oleh BFF (slanga facebook: Best Friends Forever) sekalian.


Kelihatan kelibat pongkes mempergayakan imej "Seladang Gagah baru berucap" berdiri di samping Floyd[camane leh terlepas dari siri ape kejadahnye ini?]. Dengan mengenakan baju melayu keemasan sambil bertakhtakan songkok petak custom, ketampanannya amat mengiurkan. Gaya berpeluk tubuh Van de Heir pula menyerlahkan kecomelan dan riak wajah penuh unsur teletubbies


Deretan jejaka yang kononnya tampan ini semestinya ketika ingin bersalam mesra bersama pengantin. Kelihatan dihadapan sekali Kept mempamerkan gaya yang dikatakan mirip Sapok Biki.Di bahagian belakang deretan pula, dengan gaya yang cukup manja,membatasi usia adalah uncle.


Seterusnya, semasa masih didalam keadaan beratur, Floyd cuba untuk mempamerkan imej Ultraman yang masih menjadi siri televisyen kegemaran beliau. Note the bold word.Kelihatan juga wajah keibuan Puan N menyengetkan kepala.


Aksi liar diantara dua sahabat iaitu En A dan Floyd telah menjadi tanda tanya samada En A akan menang di Permatang Pauh. Floyd telah pun menjalankan pemeriksaan di Pusrawi akibat sakit pipi kerana banyak gelak..kihkihkihkih[macam tu bunyik dia]


Ya!nampaknya kelas mengaum yang dikendalikan cik N telah berjaya! tahniah diucapkan kepada Pongko kerana berjaya mengaum dengan baik dan mempamerkan aksi ala-rimau yang agak menakutkan walaupun lazimnya beliau lebih membawa watak ini


gambar abstrak ini menunjukkan betapa cam whore jejaka2 ini bila berhadapan dengan kamera. Dengan tidak memerdulikan keadaan sekeliling, ada yang menggapai2kan tangan akibat tidak dapat masuk kedalam gambar. Kelihatan kelibat Floyd cuba mencelah untuk masuk ke dalam gambar. Ini semua adalah akibat perangai Kept atau pun lebih mesra dengan panggilan Ajai [maaf, saya termuntah].Zano pula kelihatan amat taksub bermain dengan loceng.


Rata2 keseluruhan gambar ini amat menarik dan penuh dengan adat2 ketimuran. Malang tidak berbau, atau mungkin berbau seperti lembu?. Nyatanya, apa yang ditonjolkan disini adalah tidak wajar dilakukan di khalayak ramai, mungkin juga entry ini boleh mendatangkan gangguan emosi kepada sesetengah pembaca.


Perangai buruk saudara pongko ini, diteruskan lagi dengan gambar abstrak kedua. Mengikut pangamatan saya yang agak baru dalam dunia seni abstrak ini, mungkin pengkarya ingin menggambarkan gaya korban di pagi Hari Raya Aidil Adha. Entahlah, mungkin juga ini adalah satu ritual bagi penganut agama Hindu.


Gambar di atas bukan lah gambar pasangan kekasih. Namun siapa sangka gaya dandanan Kening Tebal (tm) hasil inspirasi Memerang Pasir ini amat diminati saudara zacc sehingga dipeluk2nya. Eeeeeeeuuuwww!!!! geli..Die ni busuk, tak hygienic. Pergi kerja kul 3 pagi. Manakala Kept seperti biasa membuat aksi kelenjar leher injured sahaja.


Ya, inilah gambar beramai2 ahli keluarga Total.

Ape kejadahnya ini? Kamu2 prgi ke jemputan orang kahwin dan hanya menangkap gambar sesama sendiri sambil melupakan pasangan pengantin? Ish Ish..walau apapun yang terjadi,jangan lah kantoi dengan gambar2 sebegini.

[tapi aku rasa, lepas ada blog ni, makin tak berjadah mutu kualiti gambar2]
[Bagus sapot Siri ini...teruskan usaha!]

blog buih

No comments:

Post a Comment