26.8.08

Cincin Besi di Kemaluan [Ape kejadahnya Ini 12]

KUALA LUMPUR: Anggota bomba yang sinonim dengan memadamkan kebakaran atau mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan terpaksa melakukan tugas menyelamat paling pelik, semalam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai di sini dipanggil bagi membantu doktor memotong cincin besi keluli yang tersekat pada pangkal kemaluan seorang pesakit lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Doktor terpaksa menggunakan kemahiran anggota bomba bagi memotong cincin yang sukar dicabut itu selepas pelbagai usaha dilakukan tidak berjaya.

Difahamkan, mangsa yang berusia awal 20-an sengaja menyarungkan cincin pada kemaluannya dipercayai bagi meningkatkan kekuatan seksual selain memberi kepuasan luar biasa kepada pasangannya.


Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Sarjan Malek Neik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan PPUM berhubung insiden pelik terbabit pada jam 12.43 tengah hari semalam.

Menurutnya, sebuah jentera dan enam anggota kemudian dikerah ke PPUM untuk misi membantu masalah terbabit yang disifatkan sukar dipercayai.

“Sebaik tiba, mereka dibawa ke bilik kecemasan sebelum dimaklumkan keadaan dihadapi ketika itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, dia melihat beberapa doktor berusaha mengeluarkan cincin itu yang terlekat pada pangkal kemaluan pesakit berkenaan.

Doktor terbabit cuba memotong cincin berkenaan menggunakan peralatan pembedahan, termasuk pemotong besi tetapi gagal kerana ia terlalu keras.

Malek dan pasukannya terpaksa menunggu kira-kira 20 minit sementara doktor bertungkus-lumus menanggalkan cincin berkenaan.

“Cincin besi keluli itu terlalu keras dan semua alat pemotong yang dimiliki hospital tidak berkesan memotongnya.

“Pesakit itu pula dilihat mengerang kesakitan setiap kali kemaluannya disentuh dalam usaha menanggalkan cincin itu,” katanya.

Selepas segala usaha menemui jalan buntu, doktor meminta bantuan kepakaran bomba bagi memotong cincin terbabit menggunakan pemotong besi yang sering dibawa dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan atau kebakaran.

“Keadaan kemaluan mangsa yang membengkak merumitkan usaha menanggalkan cincin itu. Malah, kedudukannya pada pangkal kemaluan menyukarkan untuk memotong,” katanya.

Sebagai langkah keselamatan, doktor meletakkan sebilah kayu sebagai pelapik untuk mengelakkan kecederaan serius kepada kemaluan mangsa ketika pemotongan dilakukan.

“Kami terpaksa menggunakan pemotong besi bagi memutuskan cincin berkenaan. Tugas berkenaan dilakukan dengan penuh berhati-hati sebelum cincin terbabit dapat dipotong dalam tempoh tak sampai seminit.

“Anggota bomba yang terlatih dan cermat berjaya memotong cincin itu dengan hanya sekali percubaan,” katanya.

Menurutnya, kemaluan mangsa terlebih dulu dibius petugas PPUM bagi membolehkan tugas itu dilakukan dengan lancar.

“Tugas itu amat mencabar, namun saya berpuas hati kerana khidmat anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan,” kata Malek yang menganggap kejadian seumpama itu amat jarang berlaku.

Mengikut kepercayaan golongan tertentu, tindakan menyarung cincin besi dalam kemaluan dikatakan mampu menambah kekuatan seksual si pemakai walaupun mereka sanggup menanggung azab sengsara akibat kesan sampingannya.

diambil dari halaman My Metro.

blog buih
Ape masalah budak lelaki ini? Kan ada cincin2 yang sesuai digunakan. Mesti muka mamat ni pun bengkak jugak. Masalahnya, mana awek die? Kenapa tak tolong boyfriend sendiri?

Petua orang tua ade mengatakan, kalau ada cincin yang sendat di jari, ia akan lebih mudah tertanggal jika di cabut menggunakan mulut.

Tak cuba?

Jadi, walau sebosan mana pun anda di waktu tengahari (12.43pm tu wei!), janganlah menyarungkan cincin seperti ini.

dan mereka masih belum mengambil pengajaran..........

1 comment: