6.8.08

Kasut futsal dan yang menjengkelkan.




Ha! kasut futsal. Alat kehidupan yang amat penting. Memang rajin aku dan kawan2 bermain futsal. Tiap2 malam Sabtu di HTO, [wei, betul la RM1 Million ah],malam lain jika ada team yang ajak "friendly".I am using the Adipure in White [first pic]. Beli di Singapura ketika aku ke sana bersama Zano.

Namun kebelakangan ini, mungkin dipengaruhi kemelut ekonomi yang semakin hari makin merudum, banyak terpacul imej yang amat menjengkelkan benak fikiranku. Di merata tempat sering dapat dilihat anak muda berjalan2 memakai kasut futsal. Ini SALAH!. Mungkin aku telah dilatih untuk tidak memakai 'Black War' pada waktu selain games hours.

Ade pula abang2 yang mengggayakan kasut futsal seperti kasut raya yang di beli untuk berjalan2. Baik dibuang saja kasut itu. Pakai selipar Jepun lagi bagus...

Lebih2 lagi jika kasut tersebut, dipadankan dengan replika 'jersey' pasukan pilihan yang tidak Original [baju gatal] yang dimasukkan ke dalam Jeans GA Blue yang mempunyai ukur lilit kaki 20 inci. Gaya jejaka jenis ini dilengkapi dengan rambut crew cut. Lebih 'ganteng' jika sekotak rokok L&M atau Pall Mall disadungkan ke dalam baju di bahagian bahu.

Oleh yang demikian, kepada yang sedar atau pun telah membuka mata melalui bacaan ini, hentikan lah menggunakan kasut futsal untuk ke kedai mamak, dating tgk wayang kat Cineleisure atau pun untuk ke konsert/gig2 berhampiran anda.

Biarlah kasut futsal digelanggang futsal sahaja.

blog buih

No comments:

Post a Comment