4.8.08

siri saiko tokya sampai balik. 5

Chicken Chop Stevens


Makanan ini banyak menyumbang kepada faktor tumbesaran aku yang di tahap maksima. Semenjak dari pandai kluar malam pada tahun 1999, boleh dikatakan banyak wang elaun pemberian ibu dihabiskan untuk memakan chicken chop ini. Lebih enak jika dikenakan dengan air Teh Ais mintak kat Joe@Sulaiman dan sebatang rokok Dunhill pau kawan. Rokok sendiri tak best [sekarang dah 'quit smoking' tapi still sedap] Gel akan mencuba yang lebih hebat dan mahal seperti Mix Grill dan Black pepper steak.Aku still suka Chicken Chop je..

Air beraneka jenis@Sulaiman Corner

Air di Sulaiman memang best untuk membuang masa bersama kawan dan membawa awek jalan ketika sudah sengkek. Sebabnya, ia Murah dan juga layanan mesra dari Joe. Macha lain aku tak suka. Mereka fake.Kelihatan di gambar, air Sirap Limau, Jus Limau Blend with Asam Boi dan Juga Teh Ais. Aku suka Teh Ais.

Makanan Laut [Sotong Goreng]

Nik sudah kenyang semasa kami ke Uptown tempoh hari, So dia order Sotong Goreng. Saya agak suka juga sotong goreng. Tapi sotong goreng yang ini mempunyai salutan tepung yang lemah dan terlalu rapuh dan tidak membantu dalam memecahkan daging sotong yang empuk tatkala gigi dibenamkan. Kuah cicahan sotong juga agak tidak memberangsangkan.Kalau nak sotong goreng yang lebih enak. Tanya Joe@Sulaiman [nanti aku letak gambar Joe]

Tauhu Bakar

Kalau pergi ke Uptown dan terasa macam nak makan healthy food, saya sering mengorder Tauhu Bakar [nama omputih die ape?sape2 boleh tolong?].Kepingan tauhu yang segar dibakar sehingga garing dan diisi pula dengan togeh 2 yang digaul bersama kuah yang enak. Sungguh lazat dan menyihatkan.

Malangnya tauhu di atas di makan selepas chicken chop sebagai simbol 'guilt for over-eating'. Jadi, tauhu bakar tersebut tak sihat.

Nasik Minyak
Kalau kenduri orang kahwin mesti ada nasi minyak. Kalau takde, cakap kat orang tu, "baik takyah kawen."
Kalau sedap Nasi Minyak orang tu, cakap "kawen la lagi" aku nak makan lagi nasik minyak ni...



Tapi, kat UK mesti takde..kat Aussie pun takde.

Yang pentingnya, aku nak tunggu orang UK [gemoks] ngan orang Aussie[pervy] ni balik untuk aku makan nasik minyak di hari persandingan mereka.

*Tokyanye wedding nanti kena gi awal sikit, kalau tak pengantin abiskan nasik. Bak kata Xie Xuang Xe "datang umah orang tau nak makan je"....



blog buih