6.8.08

Batman Karok- Ape Kejadahnye Ini?7


blog buih

"Ini gaya Batman" Ujar aku sebelum semua orang2 di sekeliling menyahut cabaran Batman menyanyi karaoke.

Hanya tiga Batman di tengah sahaja yang nampak berkaliber. Batman di bahagian kiri gambar tidak berjaya kerana tangannya pendek. Di bahagian kanan gambar ade watak tak dikenali bagaikan remaja rempit memberi temuramah di Majalah 3."Err..saye, saye menyesal lumba motor..saye tak buat lagi..pada kawan2 jangan lah lumba haram".

Di bahagian kiri gambar pula, kelihatan Batman yang tidak berupaya melakukan gaya ini dengan sempurna. Kelihatan kepala asing terjojol keluar dari bahagian ketiak nya dan ada pulak tangan yang cuba meraba ketiak kiri. Batman ini lebih sesuai menari lagu Justin Timberlake atau Spice Girls. Dia juga tidak memerlukan Microphone.Lincah menari dan amat kelakar adalah antara superpower Batman ini.

Namun yang lebih penting untuk diketengahkan disini adalah, siapalah Batman tanpa Alfred. Semestinya tiada orang yang akan merawat luka di atas badan Bruce Wayne tanpa kehadrian butler yang sopan walaupun tua itu.

Ini adalah watak Alfred. Walaupun tidak sesopan Alfred butler Bruce Wayne, namun, dia adalah seorang macai tua.

Sudah lama dia di perantauan. Batman2 kian lemas tanpa pembantu setia.

Jadi, pengajaran di sini, walaupun kawan anda tua, sayangi lah dia...melainkan dia memakai baju kelabu, datang dari negara asing sambil membawa cawan meminta sedekah.Petik saja rokok kedalam cawannya.

No comments:

Post a Comment