Aku tak puas hati ngan keburukan benda2 di bawah ini. Kalau esok nak kena hantar submission rumah Pak Guard UM, jangan terperangkap dengan gaya2 berikut.
Ini design kawasan rumah kedai di SS15. Tapi masalah yang juga boleh menjadi teka teki adalah, adakah ini bahagian hadapan atau belakang kedai? Mungkin kerana era pembangunan sekitar awal 80'an ini, pemaju di Subang Jaya telah berangan untuk menyediakan sebuah "Pedestrian Mall" yang akhirnya tidak praktikal dan hanya sesuai dijadikan tempat letak kereta.(Setelah ditarah semua landscape yang dulunya telah pun dibakar oleh kawan sekolah rendah saya). Lihatlah deretan aircond itu. "Eeeuww sungguh buruk". Lihat sahaja rupa bentuk buruk bangunan ini. Lebih baik jika ia dibuat dari concrete dan besi ala gaya "Brutalism" yang dipopularkan Paulo Mendes Da Rocha ini. Namun, kita bukan di Brazil. Dibelakangnya, kelihatan sebuah bangunan berdindingkan kepingan kaca licin ala gaya International seakan meluahkan unsur capitalist pusat pengajian swasta bermotif kan keuntungan yang tersebar dimerata pelusuk SS15.
Ini tempat basuh kereta paling tak berguna sekali. Ini dari pandangan belakang. Dari hadapan, kedai ini nampak sungguh kecil dan seakan tiada ruang untuk memuatkan kereta2 untuk dibasuh. Oleh kerana itu, ia tiada pelanggan. Jika di bandingkan dengan kedai2 cuci kereta di tempat terbuka seperti yang selalu dijumpai di stesen2 minyak, tentunya pendapatan kedai ini tidak dapat menyamai mereka. Pembaziran penggunaan ruang ini nyata sekali telah mendatangkan impak negatif kepada perniagaan di premis ini. Mungkin ia patut belajar dari Encik Pelli, "... a building must be both background and foreground. As foreground, it must have some exceptional qualities. But it must also try very hard to knit into the fabric..."Mungkin dengan itu, bangunan ini dapat menjadi masyarakat bertanggungjawab "responsible citizen" di dalam lingkungan penduduk Subang Jaya.
Di atas bangunan buruk ini, terletaknya dua buah kedai makan yang lazat dan amat disukai ramai. Kedai Wak Daeng yang menyediakan lauk pauk ketika makan tengahari dan juga kedai Warung Nasir yang menyediakan Nasi Goreng Ayam terbaik di Subang Jaya. Dulunya, ini adalah tapak warung2 yang menjadi port lepak dan ia sungguh happening. Namun, lantaran ketamakan dan kelemahan pihak2 berkuasa, tempat lepak yang dahulunya lapang dan nyaman itu dipindahkan keatas. Bawahnya sekarang pasar. Tempat makan menjadi busuk. Tidak cukup dengan itu, setiap kedai hanya diberi 2 buah meja & 8 buah kerusi yang sudah dipasak. Aku tak tau siapa yang buat bangunan bodoh ni. Mungkin mengabaikan konsep2 asas seperti kemudahan untuk ke tempat makan, kemudahan awam seperti tandas terlalu hampir dengan tempat makan, keadaan tempat makan yang busuk akibat di atas pasar dan sebagainya adalah percubaan tersasar concept deconstuctivism." Tapi takde ah nampak cam Wexner Centre of arts kan?". Aku benci gila bangunan ni.
"Apa agaknya yang difikirkan pemilik rumah kedai ini?...mereka terasa seperti diperkampungan nelayan di Scandinavia kah?"
Pada pandangan aku, biarlah ia bewarna putih sahaja. "By law, all buildings should be white." Aku rasa Le Corbusier juga setuju. Sememangnya la bangunan2 ini tidak menepati idealoginya "5 points of Architecture" Ala Villa Savoye, at least, biarkan bangunan ni color putih.
Ni paling bodoh. "Nak buat awning rendah2 macam ni, Frodo ke minum kat kedai ni?". Mungkin la sesetengah pelajar jurusan senibina akan menyangkal dan berpendapat, rekaan sebegini adalah untuk mengelak percikan hujan dan terik matahari, namun aku still berpendapat, "kalau nak masuk kedai pun kena struggle gile, baik takyah pasang."Tapi, apakan daya, aku rasa ini adalah rekaan macha standard jaga counter Darussalam.
blog buih
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
well written peah. good critic. u deserve a doctorate for this. i see u've learnt well from u know who lah. she taught me too.
ReplyDeletebiasalah.
ReplyDeleteDah, gi design rumah pak guard cantik2.