Masa minggu Krismas tempoh hari, aku dan kawan2 pegi makan dekat Good Ol Happy Days. Kedai ni dekat Taipan. Dekat dengan tempat kitorang selalu main takraw tapi ni baru kali pertama makan disini. Lihatlah menunya..tebal.
Minuman rasmi malam itu adalah Teh O Ais Lemon atau lebih dikenali sebagai Ice Lemon Tea. Takde air lain yang nampak lebih menarik. Kalau ade pun Long Island Tea. Tapi oleh sebab air tu kalau dialih bahasa ke Bahasa Malaysia jadi Teh Pulau Panjang, macam tak sopan la minum sebelum pegi main futsal. Lagi pun aku tak nak la jadi Roman Pavlyuchenko.
Ini adalah antara makanan yang diorder pada malam tersebut. Ini adalah ayam yang ada keju dibahagian atasnya. Keju itu dicairkan dan melekat keemasan di atas ayam yang digoreng dengan tepung rangup. Nama makanan kat kedai ni semuanya ada kaitan dengan pelakon/penyanyi zaman silam. Tapi aku tak ingat la nama2 dish ni.
Bagi kawan aku yang akan naik pelamin tak lama lagi, dia memilih makanan dari bahagian starters kerana menurutnya,
"I want to have something light"
Light la sangat. Ni Combo Platters yang ada berbagai makanan yang sedap. Paling best. Mozzarella Cheesestick. Sedap gila.
Aku pula pilih BBQ Beef Sandwich. Rasanya amat lazat. Roti yang digunakan garing sesuai dengan citarasa aku. Daging BBQ nipis bersama BBQ sauce melengkapkan hidangan bersama chips2 besar.
Aku habis makan dulu sebab sedap sangat.
Pilihan hidangan terakhir pula adalah 1/2 chicken yang dimakan oleh orang paling kurus dalam 4 orang yang pergi itu. Dia makan paling banyak. Mungkin, ada bela jin dalam perut dia. Ayam yang dipanggang ini disajikan dengan potongan sayuran dan mashed potatoes yang lazat.
Apabila tiba masa untuk makan dessert, aku tanpa segan silu terus mengorder Ice Cream Pie. Namun malangya, stok sudah habis. Oleh yang demikian, aku telah menukar pesanan menjadi Banana Split.
"1 spoon or 2 spoon?" tanye Bangla yang bekerja sebagai waiter di situ.
"1 Spoon!" Jelas aku malas nak share ngan orang lain. Aku makan cepat2 sampai licin.
Ini pula adalah James Brown Brownies with ice cream yang amat lazat. Aku sempat merasa sikit. Tapi sebab dah kenyang makan BBQ Sandwich dan Banana Split, aku tak amik banyak sangat la.
Secara keseluruhan, makan di Good Ol Happy Days ni memang best. Kecuali lampu2 neon biru dan pink untuk memberi imej Diners ala America era 70 an, yang lebih membuatkan aku pening daripada terasa dalam setting Happy Days.
Patut bawak jaket Fonzi.
blog buih
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment