12.12.09

Pulau Phi Phi.

-Pick your poison
blog buih

Pulau Phi Phi amat cantik.

Perjalanan aku sepanjang jeti diiringi air laut yang biru. Aku nampak ikan dan aku rasa, ikan tu pun nampak aku. Dalam 100 meter berjalan, ada pintu gerbang "Welcome to Phi Phi Island"

Lepas pintu gerbang je dah pekan. Pekan dia kecik. Takde kereta. Semua orang berjalan kaki sahaja. Kedai2 di kiri dan kanan semua menarik. Ada beberapa kedai yang dibuka oleh orang kulit putih.

Aku berjalan sejauh2 alam untuk ke motel yang kami sewa. Nama motel tu Maney Resort. Kalau ada sesiapa yang baca ni, rasa nak pegi bercuti kat sana - JANGAN DUDUK SINI!. Boleh rosak kepala lutut bila naik dan turun.

Apabila malam menyelimuti pulau kecil ini. Ia juga turut berubah wajah. Malam di Pulau Phi Phi penuh dengan parti-parti di tepi pantai. Banyak orang2 Eropah yang turut bekerja sambilan di setiap pub.

Best!.

1 comment:

  1. i was in phi phi island last april.

    masih ingat lagi cara tour guide tu sebut phi phi island. sangat la lembutnya...

    yeah, sangat cantik.... rindunya...

    ReplyDelete