3.12.09

Pantai Ao Nang

-Pasir Cokelat.
blog buih

Selepas tiba di Lapangan Terbang Krabi, kami semua bergegas ke tempat kutipan bagasi. Aku tengok beg aku, macam senget sikit. Setelah penat aku mengangkut beg itu dari Kuala Lumpur, setibanya di Krabi tayarnya pula pecah.

"Memang nak kena buang dalam laut beg ni!" aku berkata penuh marah.

Perjalanan dari lapangan terbang ke pantai Ao Nang memakan masa lebih kurang 30 minit. Di sepanjang perjalanan aku dapat lihat kawasan kampung dan juga beberapa masjid.

Sampai saja di sana, setelah kami berehat, kami pergi menuju ke tepi pantai.

Pantai Ao Nang cantik.

1 comment: