Setelah seharian berjalan, muka penat, kaki sakit, busuk.blog buihMalam pertama di Singapore, kami tidur awal. Esoknya awal-awal lagi sudah bangun. Mahu pergi berjalan-jalan di Singapore. Tapi Mama ada plan lain.
"Kita shopping je kat Orchard Road" Kata Mama.
"Yeay!" Kata adik2.
So pukul 10 pagi kami dah tercegat dekat Tangs. Kedai tu pun tak bukak lagi. Bila kedai semua bukak dalam pukul 10.30, berpusu2 orang masuk. Aku yang tak gemar shopping kat Tangs, pergi ke Lucky Plaza. Carik internet nak tukar pemain liga fantasi. Sungguh berdedikasi.
Kami berjanji untuk berjumpa semula sejam kemudian. Hujan pula turun mencurah membasahi bumi. Lantas, kami sambung berjalan2 di dalam pusat membeli belah. Selepas Tangs, pergi ke seberang jalan untuk ke Wheelock Place, ION Orchard dan Takashimaya.
Dalam pukul 230 baru pergi carik tempat makan tengahari.
"Lepas makan ni, kita jalan sendiri2 la." Aku dah tak tahan jalan2 tengok baju. Bukan ada duit pun nak shopping.
Selepas makan tengahari, geng2 perempuan balik. Aku ngan adik sambung berjalan. Mula2 pegi velocity@Novena. Disana banyak jual barangan Outdoor/Sports. Kami sambung perjalanan dengan ke arah Bugis. Di sana kami berjalan ke Sungai Road. Di situ ada pasar pada waktu petang. Pasar itu digelar Thieves Market. Segala barang2 mengarut ada dijual disitu. Aku sempat beli satu bag berharga $13.
Kemudian kami sambung lagi perjalanan ke arah Bugis Market. Sedang kami berjalan, tetiba ada orang eksiden. Kejadian ngeri apabila salah seorang wanita yang terlibat itu tak sedar diri dan menggelupur di atas jalan. Aku amik
gambar sahaja tapi tak tolong. Sebab aku takut. Mak budak tu pulak, dah meraung2.
kami sambung perjalanan ke arah Bugis Market. Di situ Adik shopping baju2. Bugis Market kerana konsep Market ala Uptown. Banyak jual baju2 golongan muda mudi.
Setelah itu kami ke arah City Hall. Niat di hati nak tengok kedai guitar, malangnya semua sudah tutup.
Kami teruskan perjalanan ke Dhoby Ghaut. Turun dari MRT, kaki dah sakit sangat. Tak larat dah nak berjalan. Rasa macam nak merangkak sampai hotel. Sambil berjalan tempang2, baru teringat yang kami masih belum makan.
Kami makan di kedai Indonesia, Warong 613. Aku makan sambal Udang dengan Petai. Sedap.
Balik tu terus tertidur kepenatan.
No comments:
Post a Comment