Orchard Central @ Orchard Road.blog buihShopping di Orchard Road ni memang menarik. Sebab Krismas dah nak kunjung tiba, memang perhiasan berwarna warni sepanjang jalan. Bayangkan Bukit Bintang tapi 10 kali ganda meriah.
Kat sini jugak tempat menarik nak cuci mata. Macam2 jenis orang ada kat sini. Ada yang cantik ada yang buruk. Orang Cina, Melayu, India, Filipino dan mat salleh penuh dan bersepah2.
Paling menarik bagi aku kat Orchard Road ni adalah Orchard Central. Orchard Central ni menarik kerana seni rekanya yang pelik. Eskalator kat luar. Pintu masuk je dah ade Eskalator naik ke tingkat dua. Lif pulak semua kaca.
Masa aku naik lif dari tingkat 1 ke tingkat 7, aku gayat. Berdiri tegak sambil berdoa cepat sampai. Bila dah sampai, aku naik eskalator, dari tingkat 7 terus ke tingkat 11. Eskalator ni terletak kat bahagian luar bangunan. Boleh nampak pemandangan Orchard Road dan kawasan sekelilingnya. Tapi aku tak tengok. Sebab aku gayat.
Kat Orchard Central ni, aku beli Loafers Timberland. Sale beb! Kalau kat KL, tak pernah
on sale Loafers tu. Sebenarnya, dekat butik Timberland kat situ pun tak
on sale loafers tu.(Kedai aku beli tu bukan butik Timberland)
Tapi kalau dari segi kedai kedai, hebat lagi plaza2 lain di Orchard Road. Macam Takashimaya dan ION Orchard. Tapi khas untuk sesiape nak beli barang yang cecah ribuan dollar saja.
Oh ye, nak tengok lebih banyak gambar yang aku tangkap, sila klik
sini.
No comments:
Post a Comment