12.12.09

Hilang.

-walaupun separa sedar, komposisi gambar tetap baik dan aplikasi rule of third tidak dilupakan.
blog buih

Malam terakhir di Thailand. Kami mulakan dengan makan tomyam di tepi laut. Memang sedap.

Kemudian hujan turun mencurah2. Terpaksa lari ke pub berhampiran. Raggae Bar namanya tapi ada gelanggang kickboxing. Akhirnya kami ke Rasta Bar layan band Raggae. Aku berkenalan dengan bucket of joy atau pun "Baldi Gembira".

Setelah dua jam di situ, sambung pula di tepi pantai. Masuk ke tempat muzik kencang. Berdenyut2 telinga diterjah bunyi bass melampau.

"Ungst Ungst!" bunyi muzik techno galak memecah kebuntuan malam. Berselang seli dengan desiran ombak.

Aku pening.

Kawan aku temankan aku pulang. Sampai di pertengahan jalan, kami disapa gadis comel dari German.

"Let's go to the beach" kata gadis itu.

"Ko balik la wei, aku nak gi pantai." Kata kawan aku.

Aku pun setuju. Walaupun aku tak ingat jalan nak balik rumah.

Aku teruskan perjalanan yang disinari cahaya rembulan. Aku berjalan terhoyong hayang mencari tempat tinggal. Setelah berjalan dalam lebih kurang 10 minit. Aku perasan yang aku sudah terlepas simpang kerana telah sampai ke kolam renang sebuah hotel lain. Aku turun semula ke bawah dan sampai ke kolam takungan air yang aku tahu selepas simpang ke bilik.

Aku ulang alik dalam 3-4 kali.

Aku hampir jadi paranoid. Aku takut ada hantu datang. Macam Nang Nak ke. Orang kampung yang tinggal di rumah kayu beratap rumbia mula membuka tingkap melihat gelagat aku.

Akhirnya aku guna flash untuk mencari lorong. Rupanya selama ini ia ada di situ. Lorong itu amat gelap. Aku tabahkan hati lalu menyusuri lorong gelap itu sampai ke rumah.

Kawan aku tak dapat ape2 pun dari minah German itu.

2 comments:

  1. haha.

    ending tu je yg aku tunggu, rupenye tak dapat ape2..ekeke.

    ReplyDelete
  2. siputturbo: dapat amik gambar kenang kenangan je.

    ReplyDelete