4.1.09

Toss this salad.

Salad Total Fc.

blog buih

Semalam malam, sewaktu party headgear di rumah Gel, saya telah ditugaskan untuk membawa salad. Selaku AJK makanan berkhasiat, saya telah pun pergi ke Carefour bersama Zano untuk membeli bahan2 untuk membuat Salad Total FC ini.

Bahan2 nya :

Sebungkus Kentang Holland yang kecil2.
Sepaket Lobak Merah hidroponik bersaiz sederhana.
Sekotak sayur coral salad hijau.
Sebiji Bawang besar.
100 gram Walnut yang dibakar
100 gram kismis kuning
1 ekor ayam bakar berperisa black pepper.
Sepotong broccoli bersaiz sederhana.
Dua batang Timun.
Sebotol Mayonaize rendah lemak
Sepaket Keju campuran rendah lemak yang di import dari ladang tenusu si Switzerland.
sedikit garam penambah perisa.

Cara2 menyediakannya.

Kentang direbus selama lebih kurang 20 minit. Sementara itu, tuan puan boleh mengukus lobak merah dan brocoli sehingga menjadi lembut dalam 20 minit juga. Sementara menunggu sayuran itu masak, racik2 daging ayam tersebut, pisahkan bahagian tulang dan asingkan dagingnya.

Potong timun dan campurkan sayur salad kedalam sebuah mangkuk. Setelah sayuran2 tadi masak, rendam kesemuanya kedalam air sejuk. Apabila telah sejuk, campurkan kesemuanya kedalam mangkuk tadi dan gaulkan bersama lebih kurang 3 sudu mayonais. Campurkan garam secukup rasa. Kacau hingga rata.

Kemudian, masukkan hirisan daging ayam tadi. Gaulkan kesemua salad tadi bersama kacang walnut dan kismis kuning.

Rapikan hidangan anda dengan hirisan bawang dan taburan keju yang diimport dari benua Eropah. Jemput kawan2 anda makan.

2 comments:

  1. Terbaik!salad itu akan menjadikan anda lebih sihat jika disertakan dgn aktiviti berjalan pagi sesudah subuh.ayuh!!!

    ReplyDelete
  2. saya mesti cuba...looks yummmyyyyy!!

    ReplyDelete