18.1.09

The Long Walk.

Sg Pisang, gambar Ihsan Cik Anies.
blog buih

Pukul 10.30am aku celik mata akibat bunyi "nudge" dari Kept.

"Pukul berapa main bola ngan uncle?"
"Pukul 11 sampai 12" kata Kept.
"Ok, jumpa kat sana nanti."

Aku turun untuk sarapan. Kemudian naik semula ke atas untuk mandi. Air suam menunggu aku. Kemudiannya aku menyarung track bottom baru. Kasut badminton menjadi kasut berlari yang masih belum dibeli.Kedai "sneakers" kat depan Darus tengah sale. Aku benci bila perasaan ingin membeli membayangi hidup ku.

Keluar rumah.Alat kawalan jauh untuk pintu pagar besi itu aku tekan dengan mudah. Baru ditukar baterinya. Aku mula mengorak langkah. Peta Subang Jaya mula terpampang di fikiran. "How to get to USJ 1 from SS19? on foot!"

Langkah semakin deras. Aku mula berlari2 anak. Sampai ke jejantas yang akan membawa aku ke SS18. Tapi aku teruskan perjalanan. Aku menyeberangi jalan besar di depan Shell SS19.

Dia sangat sayangkan wanita itu. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Namun, wanita itu memerlukan ucapan kasih sayang yang abadi untuk mengetahui bahwa lelaki itu bukan yang dimahunya. Cerita "The Wackness" mula bermain kembali di benak fikiran. Banyak relevan pada kejadian sekeliling hidupku kebelakangan ini. The Wackness pemenang Sundance Film Festival 2008. Tak sehebat "hype" yang diterima Slumdog Millionaire, jadi tentu ramai yang tidak tahu tentang cerita itu.

I want you to stand there, watch me leave, coz i've never done this before. Never had my heart broken...- Shapiro

Aku sampai ke tempat "nasik lemak bakul biru" dijaja. Aku teringat kat Tokya. Mungkin itu makanan yang akan akhirnya berjaya men'saiko' dia untuk pulang ke Malaysia.

Aku mula panjat jejantas yang akan membawa aku ke USJ 2 dari SS14.Basah kuyup. Keringat mula membasahi topi San Francisco 49ers circa 1995. "Starter beb!".

Jam menunjukkan 5 minit lagi pukul 12. Aku berharap mereka akan menunggu aku jika mereka habis bermain. Bila turun dari jejantas, aku terus berlari. Aku takut ditinggalkan. Aku mungkin menangis jika setelah berlari hampir 30 minit, mereka tiada di sana.

Aku mula terasa bahang. Matahari tegak diatas kepala. Alangkah asyik jika ada air terjun seperti yang tertera di atas di dalam perjalanan ini?Malangya aku hanya berhadapan dengan sebuah bangunan besar yang dipanggil Summit.

Setelah sampai, aku berehat di tepi padang futsal. Aku tergelak sendirian melihat kelibat kawan2 bermain futsal. Aku sungguh letih.3 tin air cincau menjadi tempat melepaskan dahaga.

Selepas habis bermain, kami pergi makan di Restoran Hassan.

Kadang kala, setelah kita memberikan apa yang seseorang itu mahu, baru dia akan sedar apa yang diingininya selama ini bukanlah sesuatu yang diperlukan olehnya, hanya mainan egoistik yang adanya sementara.

1 comment:

  1. lepas ni aku harus bawa kamu pula.tkpe pakej climbing not included

    ReplyDelete