4.1.09

Dari seorang putera yang tampan, sekarang aku hanya mahu jadi katak semula...

Party Headgear@ Rumah Gel
blog buih

Ribbit! Ribbit!

Aku mahu menjadi katak. Ini semua salah sebuah syarikat bernama Biz-Suria Management (M) Sdn Bhd. Sepucuk surat merah jambu menghiasi meja tempat letak surat di tepi pintu kayu. Pintu kayu jati yang sudah berdiri selama lebih 20 tahun itu menjadi saksi muka terkejut aku.

Aku berhutang dengan Maxis sebanyak RM503.45 . Alamat rumah, Nama penuh dan No IC ku tepat terpampang di muka surat. Namun, nombor telefon itu terlalu ganjil bagi ku. Aku tak pernah ada nombor telepon sebegitu. Aku makin hanyut dalam kebingungan. "Bagaimana boleh jadi begini?"

Lalu aku ubati luka ini dengan menyanyi lagu Touch My Body bersama2 Mariah Carey. Namun fikiranku pulang semula ke surat pink yang kini sedang terbaring di atas meja belajar dibiliku.

Aku tak sangka Identiti aku di curi. Seronok sangat ke jadi aku? Kalau pakai nama dan alamat aku boleh jadi cool cam aku ke?

Di saat ribuan persoalan menerjah masuk ke dalam ruang fikiranku, aku kembali teringat saat itu, di tepi kolam ikan koi Gel. Aku lebih bahagia menjadi katak itu dari putera setampan ini.

2 comments:

  1. ko giler sahabat aku yg cool peah.

    katak pon tampan tau!

    ReplyDelete
  2. peah...chumel!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    po pun kalah.tak perlu anda jadi sehebat po...jadilah katak yang hebat.baru ori!

    ReplyDelete