22.1.09

Picit buah limau mandarin ke dalam mataku.

This is the only "Chinese" picture I have. So Nelle, jadi model Gong Xi Fa Cai please...
blog buih

Hari ni sibuk. Sibuk dengan menguruskan gaji2 pekerja. Semua staff di opis orang Melayu. Tapi bila tiba raya cina, aku rasa mereka macam terlebih semangat nak beraya. Bagus, semangat masyarakat majmuk yang amat terpuji.

Maka berlari2 anak lah aku sekeliling opis. Menyediakan cek. Nasib baik ada buah limau mandarin. Limau mandarin ini hadiah dari ibu Ah Fai. Dia pembekal alat tulis di opis kecil ini. Muka dia macam muka Sasha sikit. Cuma versi tua dan juga yang kurang happening dari ini. Wajar dikatakan, muka dia macam muka Sasha sekarang.

Sambil menyemak lanjuran slip gaji sebelum diedarkan, aku bukak Facebook. Semalam ada orang Scotland datang buat bunyi2 di ibukota. Pee pegi tengok. Dia taksub dengan bunyi2 bising.

Sambil aku membaca blog2 wajib harian dan juga website2 utama dalam hidup, aku tanpa sedar telah mengupas limau ketiga. Aku memang amat suka limau mandarin. Mungkin semangat Po aku sudah datang.

Limau sudah pun habis. Urat2 putih menyelaputi buah itu aku tarik perlahan lalu aku kumpulkan di atas kulit limau yang berwarna oren. Aku susun pula kesemua itu di atas plastik pembalut limau warna merah. Plastik itu comel.

Tangan kiri aku memegang sekeping kulit yang terpisah dari timbunan sampah itu. Tangan kanan rancak mengemudi tetikus. Lalu aku patah2 kan kulit limau itu. Bau harum mula dihidu. Aku pasti terdapat rembesan cecair wangi macam perfume Hugo Boss yang menghasilkan bau itu. Sepantas fikiran itu lalu di minda, aku lalu pandang ke arah kulit limau itu. Aku mahu pastikan jika ade apa2 yang keluar dari rekahan kulit limau yang baunya amat kusenangi.

Aku tak nampak apa2 kerana aku terpaksa menutup mata lebih kurang 5 minit menahan sakit.

Walaupun sesuatu itu cantik dipandang, manis bila dirasa dan harum bila dibau namun ia tetap boleh memedihkan.


Tapi, aku lupa lagi satu model Chinese New Year blog buih;

1 comment:

  1. hahahahaa.........model chinXXXX yg terbaik!aduhh bergelakan aku di miri!

    ReplyDelete