30.1.09

Mual dengan layanan mesramu.


blog buih

Beberapa kali aku terkena dan aku biarkan. Hari ni aku rasa patut aku pertengahkan isu ni. Isu tentang layanan Mat Bangla kat stesen minyak.

Aku faham mungkin boss dia marah. Suruh layan mesra. Cakap baik2 ngan customer. Belajar cakap Melayu betul2 dan fasihkan Bahasa Inggeris. Berikan layanan sebaik mungkin untuk memuaskan hati pelanggan.

"Boss, How can I help you boss?"
"Saya nak isi minyak."
"Berapa Boss?"
"10 ring.."
"Boss, lama tade nampak ah Boss, How are you Boss?"
"Saya tak pernah datang stesen ni.Macam mana boleh lama tak nampak?" aku habiskan conversation itu dengan nada annoyed. Dia lari bawak kertas merah tu ke dalam stesen.

Itu kat stesen yang begitu asing bagiku. Kalau kat Gas Station depan umah ni, lagi aku irritated. Tapi bukan dengan attendant. Bangla ni jaga counter. Kiranya, dah lama dah bekerja. Terasa hebat la jadi Cashier.

"Selamat pagi bang, berapa mau isi?" - kerana dah naik pangkat, dia rasa die boleh panggil aku abang sekarang. Tapi aku tak kisah. Kira dia dah jadi Melayu la.
"Kasi 50" aku letak duit atas counter.
"Ada bonuslink card?"
"takde"
"Ade real rewards card?"
"takde"
"Ade Credit Card?kalau isi pakai card dapat hadiah"
"tak nak la, amik je la RM50 tuh, pam 3" aku bergegas keluar.

Sambil berjalan ke pintu.
"Bang nak resit?"
"tak nak"
Suara dia makin sayup namun aku masih dengar dia bertanya, "Bang datang lagi, terima kasih"

Aku dah tak keluar kedai masa tu. Mungkin ada pantun dua tiga rangkap lagi selepas itu. Aku tak tahu.

Aku tahu yang kamu hanya ingin membuat kerja kamu. Aku pun bekerja juga. Tapi kalau kemesraan dengan pelanggan dah membuatkan pelanggan kurang senang, juga akan menimbulkan masalah. Chill la wei...

No comments:

Post a Comment