blog buih
Petang itu sunyi. Tiada penghuni rumah agam ini. Mereka semua ke PD. Xul, dia ajak tengok wayang. Aku ikut sahaja. Dari terus duduk di sini, aku lebih rela keluar.
"Seat kita L13 sampai 17" jerit Nik sebelum kami jalan beratur Single File untuk menyusuri kegelapan lorong kecil di dalam panggung 8.
Aku tak pernah tengok cerita2 siri Underworld. Aku tak suka cerita dari genre ni. Aku lagi suka tengok cerita2 komedi macam Superbad dan Pineapple Express. Tapi bagi aku, cerita ni seronok. Boleh la buat mengisi masa lapang. Tapi takde ape la yang boleh dipelajari dari cerita ni.
Lepas tengok wayang, semua lapar. Nak carik tempat makan. Aku ade terbaca pasal tempat makan kat Kinrara. Kami menuju ke sana.
"Tempat makan tu dah tak update dah!" suara dari corong telefon memusnahkan harapan memakan Ikan Bakar.
Aku terus memandu. Membawa hati duka dan perut lapar ini ke tengah ibukota. Sebelum kawan2 aku yang aku bawak bertukar menjadi serigala kerana terlalu lapar, aku berenti kat Sukhomvit@ Kg Bharu. Lycans dari Subang suka makan tomyam - ed.
Makanannya sangat enak. Sambil makanan, kami ditemani cerita2 dari Underworld 1 & 2 yang dicanang Xul. Ada William, Michael,Viktor...tapi kalau mahu dicerita semula..aku hanya ingat Rhona Mitra.
Dah dapat figure out dah ke, dia pernah berlakon dalam cerita ape lepas tengok link tu?
Lepas dari lap keringat kepedasan Tom Yam, kami menuju ke Hard Rock Cafe. Band start pukul 11.
"Let's paint the town red" seloroh aku pada Nik.
"I'll bring the brush" Jawab Nik selamba.
11.15pm, kami sudah tersengguk2 di tepi meja. Semua orang mula komplen hendak balik kerana terlalu mengantuk.
Namun dapat juga kami gagahkan sehingga jam 1 a.m
Selamat tahun baru cina.
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
nice blog.apsal aku baru jumpa?
ReplyDelete