30.1.09

Dalam banyak2 lipat, kami lipat "net" saja.


Semalam petang, hujan turun lebat. Aku hanya memerhatikan titisan hujan dari dalam kamar tidur. Titisan hujang yang melekat di hujung genting menjadi kantung2 air yang kecil dan comel.

"Tak dapat main lagi takraw hari ni..." bisik hatiku sedih.

Jam 9 malam.

"Kau sms semua orang kita main takraw malam ni" Pesan Kept dari panggilan ringkas. Aku sudah pun di dalam kenderaan Shahir.

"Yeah! malam ni dapat lah aku main takraw." Jelas kegembiraan itu dikongsi Shahir.
Aku duduk di bulatan di tengah gelanggang. Orang panggil aku tekong.

Dia baling bola kat aku. Aku panggil dia Killer. Dalam banyak2 lipatan maut dia, dia terkenal dengan lipatan Maniam. Semalam tidak dia hampir dapat membuat sebuah lipatan baru yang pelik. Gaya berdiri ala-gaban dengan tangan tegak ke arah langit telah memberi kejutan kepada rakan se-regu nye sendiri. Kemudian, tiada apa yang berlaku. bola itu jatuh ke tanah lalu satu mata di berikan pada pihak lawan.
Ini feeder kami. Tugasnya membekalkan bola2 cantik untuk di libas oleh killer kami tadi. Ini gayanya ketika hendak masuk kedalam gelanggang. Gayanya nampak hebat. Tapi gaya ala takraw ini tidak mungkin mendapatkannya gadis2 melayu yang rela seperti di dalam kebanyakan 3gp di pasaran.

Dia datang ke gelanggang menaiki basikal. Basikal itu kemudiannya di pinjam oleh pemain seterusnya ini.

Ini pemain yang menggantikan tempat Feeder kami yang kepenatan. Pemain lincah ini pandai menggunakan kepala untuk mematikan bola.

Dia juga bercita2 menjadi model basikal.

Semalam dia telah pertama kali menghasilkan lipatan Maniam Polka. Aku masih tidak tahu sama ada pasukan kami dapat atau tidak mata untuk lipatan itu. Sebaik sahaja gerakan itu dibuat, aku sudah pun bergelimpangan di atas lantai court akibat overdose tergelak.

Kemudian, dia menaiki basikal ke kedai minum. Jadi jika sesiapa yang memandu di USJ malam tadi, jika anda tersangkut di dalam jam dalam jam 11.30 malam, ini lah pesalah-laku itu. Tapi sekarang dia sudah pandai tukar gear.

Gambar kenangan bersama antar regu saya dan pasukan lawan.

Jika anda bosan, mainlah takraw. Tentu penat ketawa.
blog buih

No comments:

Post a Comment