1.1.09

New Year 2009

"Krew Total FC di Blue Jeans & White T party".


Semalam menandakan tibanya tahun baru. Tahun 2009. Untuk meraikan ketibaannya, kami telah mengadakan BBQ di rumah encik Pipit.

Encik Pipit duduk di apartment. Kami BBQ di atas atap (roof top). Masakan Encik Pipit dan Puan Salwa amat enak sekali. Saya amat suka sotong yang dibakar olehnya.
Selain dari makan2, kami turut bermain Bingo, menangkap2 gambar menggunakan flash kecil saya dan juga bergelak ketawa. Untuk menampakkan lagi semangat setia kawan, kami telah pun mengumumkan tema Blue Jeans And White T agar perhimpunan kami nampak lebih seragam dan teratur. Hampir semua yang hadir mengenakan warna tema yang menarik ini.
Untuk tahun hadapan saya berharap agar beberapa tabiat buruk dapat di ubah. Diantaranya:-
  1. Tidak mahu memarahi rakan dan juga laki, bini dan adik beradik rakan.
  2. Tidak mahu bersifat terlalu pemarah, emosi dan egois.
  3. Tidak mahu memarahi orang yang tidak dikenali. Mungkin dia ada sebab kenapa dia "irritating"
  4. TIdak mahu memarahi peniaga2 dan pelayan di kedai2 kerana servis yang buruk.
  5. Tidak mahu berkira sangat dengan kawan2.

Semoga dengan perubahan 5 perkara ini, saya akan lebih disenangi rakan dan taulan.


Dengan itu, saya akhiri ucapan sempena tahun baru ini dengan serangkap haiku.



The years first day
thoughts and loneliness;
the autumn dusk is here.

9 comments:

  1. happy new year peah. nk gambo kami yang cantek tuh :)

    ReplyDelete
  2. happy new year peah!

    ReplyDelete
  3. well...nasib la me n nany gerak awal...kalau tak...mmg spoilt the picture kan...

    ReplyDelete
  4. aku pon xde uhuk....muahahaaa.....takde rezkila.excellent job peah!

    ReplyDelete
  5. aku bawak alatan payung...but somehow aku tak rasa like kena left out...so aku balik...tanpa mengeluarkan alatan payung...sekian...

    ReplyDelete
  6. gua rasa nak pakai celak hitam,kaler kuku hitam bai

    ReplyDelete
  7. Happy new year Peah!

    I suppose, it's more important with whom we decide to celebrate the special occasion with.

    Wish I was there, no matter what I wear or look like. Then again God prolly had other plans for me :)

    Have a great year ahead!

    Nelissa.

    ReplyDelete
  8. shaq:
    nape ko nak buat camtu?

    Nelle:
    what plans?why He never tell me first?you have a gr8 year too..

    ReplyDelete