
Ini pula adalah Wira Tangkis dari kawasan Kajang. Sepanjang penglibatan beliau di dalam arena Badminton ini, beliau telah mendapat rekod kemenangan bersih ekoran tektik busuk "cepat2-book-Aled-jadi-partner" beliau. Hal ini terbukti apabila setiap kali malam badminton sahaja dia akan menjemput Aled dahulu. Pemain yang berwajah seperti "Abang Gatal" ini juga gemar tidur ketika menjaga gawang gol, bergelak tidak kena tempat dan yang selebihnya, "ada hal sikit".
(Hal ape? Itu saya tak tau -pengarang)

Perlawanan yang julung2 diadakan ini berlangsung setelah lebih kurang 4 set double. Pada masa itu, kedua2 pemain sudah pun memanaskan badan dengan cukup.
Pada malam itu, perlawanan hanyalah satu set. Hanya satu set yang akan menentukan siapa yang bakal merangkul kejuaraan yang berprestij ini. Perlawanan bermula dengan baik. Berselang seli mata di pungut oleh setiap pemain ekoran kesilapan mudah yang dilakukan oleh pihak lawan.
Amad turut mendahului Shahir hampir 8 mata. Pada masa itu sudah pun kelihatan riak wajah bongkak. Yang Petak sudah hampir kelihatan seperti Octagon. Bersisi2.
Shahir sudah pun nampak lemas di dalam kawalan kemas dari Amad. Namun, semangat juang yang utuh dan sifat "tidak mudah emo" telah memudahkan Shahir mengejar semula.
Apabila Shahir mencecah angka 15, tiba2 kelihatan kelesuan Amad yang ketara. Setiap bola dipulangkan dengan pukulan lemah dan banyak "mistake" budak hingusan yang dilakukan.
Akhirnya, Shahir berjaya menumpaskan amad dengan sebuah smash kencang ke tempat kosong pihak lawan. Sambutan bermakna dari Shahir menggamit court 6 di RSGC semalam.
Amad akur menerima kekalahan di tangan pemain yang lebih banyak pengalaman dan mempunyai kekuatan mental yang tinggi.
blog buih
hah! next challenge..me! hahahahaha
ReplyDelete