21.1.09

Susah jadi budak kecik kan?



blog buih

Waktu makan tengahari.
Aku ade kerja yang harus di buat di PJ. "Ade hal sikit" bak kata Shahir.
"Amad, nak lunch sekali?Aku nak kena gi PJ nih"
"Boleh la, kita pegi Madam Lim. Aku datang ngan Asriah"

Aku suka makan kat Madam Lim. Makanannya sedap.

Sampai kat situ, ade Amad, As dan dua orang colleague As. Seorang tu bawak anaknya. Anak itu pula membawa patung Buzz Lightyear.

Keadaan di kedai makan pada tengahari itu sungguh sibuk. Semua orang berbaju kemas dan membincangkan perkara2 serius sesuai dengan waktu sejam berehat dari pejabat. Anak kecil yang ditemani patung Buzz Lightyear itu nampak janggal di tengah2 lautan orang2 dari pejabat.

"Hi, what is your name?" Aku cuba berborak dengan budak itu. Dia hanya diam membisu.

"My name is Buzz, tapi hari ni tak pakai baju macam patung ni, sebab pergi kerja."Aku cuba buat lawak ngan dia. Dia diam memikirkan keberangkalian kebenaran ceritaku.

Mungkin dia memikirkan, "Biar betul orang tua ni? Semalam Presiden US dah jadi orang kulit hitam, hari ni Buzz Lightyear rupanya orang Melayu?"

Mata budak tu bersinar2. Mungkin doanya malam tadi termakbul. Mungkin dia hanya mahu berjumpa Buzz Lightyear. Siapa sangka Buzz Lightyear makan Char Kuey Teow dan minum Carrot Susu? Dia tersenyum kecil. Di belek2 patung Buzz Lightyear dan kemudian dia pandang semula ke arahku. Dia senyum lagi.

Semua orang sudah mahu pulang ke pejabat. Waktu sejam yang diperuntukkan telah pun habis. Semua harus bergegas sekarang. Dia dipimpin. Tangan yang ditarik itu juga memegang patung Buzz dengan erat. Sebelum dia pergi, sempat dia menoleh sambil melambaikan tangan kecil ..

"BYEE!"

TO INFINITY AND BEYOND

3 comments:

  1. so swewit sbb anda cuba berkomunikasi dgn budak kecik tu..walaupun kau mungkin menyebabkan dia konpius tentang Buzz Lightyear nya..

    anak aku nanti ko nak menyamar jadi sape pulak?

    ReplyDelete
  2. aku mmg gifted sikit bila communicate ngan budak kecik...

    haish...if only it was "ladies" instead of "kids"...

    ReplyDelete
  3. peah,you can cook,and then kids....dah hampir dah tu!

    ReplyDelete