blog buih
Sekali melayari internet, tentu sahaja masa ini akan terjumpa blog2 orang kita yang mengecam tindakan dan keganasan Rejim Zionis di Semenanjung Gaza.
Hari ini aku terima email dari rakan lama. Gambar2 di Israel. Jujurnya, aku memang tak minat email2 berunsur agama dengan ugutan kalau tak disebarkan kepada semua orang akan dimurkai dan dilaknati seumur hidup dan sebagainya.
Tapi aku teruskan juga melihat gambar2 yang dipaparkan.
Di dalam kesemua gambar itu, ini yang paling menarik.
Rachel Corrie telah terbunuh apabila tentera Israel melanggarnya menggunakan jentera berat ketika dia cuba menghalang tentera2 itu dari melakukan pencerobohan ke atas bangunan dan tempat tinggal umat Islam.
Walaupun kejadian ini berlaku lama dahulu dan buka ketika peperangan terbaru ini, gambaran jelas dapat dilihat akan kekejaman askar Israel ini.
Tunggu la masa kena menyorok belakang pokok Gharqad nanti.
Aku tak kisah emel berunsur agama janji takde ugutan kena sebar.sebb kalau emel mcm tu aku delete ajek lepas baca.
ReplyDeletekalau emel tu galakkan sebar tnpa ugutan aku sebarkan.
kalau xde galakan tapi isinya baguih...aku sebarkan ajek.