Haaa! Aku terkejut.. pasukan Arsenal yang baru2 ini membeli Arshavin tu, sedang training di padang La Salle. Betul2 sebelah Kedai Makanan Raju. Nampak keta2 laju nih? Ni semua bukan kereta diorang. Ni kereta2 sape entah. Orang kawen kat gereja tepi Assunta. Mungkin pengantin terlambat tadi nak pegi kawen so bawak kereta kuat la.
Nampak tak player Arsenal ni? tu Kolo Toure tu..betul..kaler nak sama dah tu..ye la tu. Nampak skill macam sama kan? tapi buat skill kat luar padang. Tengok la line padang tu kat mane..
Brader yang pendek kat tepi tu aku rasa Samir Nasri tu. Jalan pegang boot sambil tengok William Gallas lari2 anak. Dia lupa macam mana nak ikat tali kasut kot.. tak pun tengah nak gi stor sukan.
Sementara Arsene Wenger tengah pandang tempat lain, Emmanuelle Adebayor ni dah curi ayam. Dia nak lari gi isap rokok belakang tandas nih. Korang tengok ah dia punya hasut member dia. Cakap sampai jalan tak pandang depan. Tak dapat nak dipastikan siapa pemain kat sebelah tu tapi dari gaya pendek2 dan gelap2 sikit tu..rasanya kalau mudah terpedaya tu Eboue la tu.
Perhatikan kat belakang tu, William Gallas dah daring semacam je. Dia suka bila orang tengok dia lari. Dia rasa laju sikit. Sekarang semua orang dah malas nak layan dia, dia emo ah.
Ni pula ada sedikit salah faham yang melibatkan Arsene Wenger dan Theo Walcott. Tengok dia dah ajak bapak dia datang nak tolong settlekan ngan orang tua tu. Masalah ni semua berpunca dari masalah berebut kon2 kecil atas lantai tu yang mahu digunakannya untuk meletakkan permainan2 seperti Ultraman di dalam bilik. Kelihatan coach yang di belah kiri gambar tu sudah mula berjalan meninggalkan padang kerana berebut ngan Arsene Wenger. Theo Walcott cuba untuk menenangkan keadaan. Bacary Sagna,yang kurang faham dengan keadaan sekelilin hanya terus ikut orang yang merajuk itu.
Ni pula WAGS pasukan Arsenal yang sedang minum teh di kedai Raju. Tak, sebenarnya bukan. Amoi ni datang dengan dua orang India yang kelihatan tampan dan gagah. Aku suka tatoo comel di bahunya. Jadi aku snap cepat2 sementara mereka berdua pergi memilih lauk pauk. Kalau kantoi mungkin aku dicampakkan kedalam longkang. Aku rasa macam nak tempek je sticker blog buih kat bahu dia yang kosong tu..kasi matching la dua2 bahu comel. Kemudian manusia2 yang macam baru keluar dari Middle Earth tu balik membawa ikan,ayam dan bermacam2 makanan. Aku batalkan niat aku.
Minah ni ada bag comel. Tote putih itu bertulis "I left my Prada at home". Aku tahu Tote tu ape. Aku tak tahu kenapa ramai orang ada masalah bila aku tahu term2 perempuan. Nanti aku sambung citer tu pulak.
Hmm Arsenal? tak boleh menang BPL la kalau traning kat La Salle.
blog buih
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment