Dalam perjalanan hidup aku, aku sering berjumpa dengan haiwan2 pelik. Ada pernah sekali terjumpa dengan Memerang Pasir. Masa kat SS15 ada Lembu Kung Kung. Masa kat sekolah ada jumpa Babi berkaki dua dan Beruk tanah. Tapi malam ini, seperti kisah hidup Tamar Jalis, aku telah berjumpa dengan Mentadak Laut.
Haa..nampak tak binatang ni. Bertiga mereka bersatu chill dalam pinggan aku. Kiranya dalam banyak2 mentadak laut yang ada kat kedai ni tadi, 3 ekor ni la yang paling cool. Yang lain tu tak berapa cool la sebab Amad dah kepak2 badan dia untuk dia makan. Tapi lepas tu, dia dah mula garu2 pipi dia. Dia kata dia allergic dengan keluarga2 ketam. Aku mula risau bila pipi dia nampak bengkak. "Eh Amad, cakap ah bengkak sebab makan nih..."
"Tak muka aku memang ini macam punye.." Khayalan aku membawa kepada scene di Sportsbarn yang diadaptasikan untuk Restoran Yuen ini.
Tengah asyik mentadak2 tu lepak, aku sempat amik gambar pinggul dia. Kalau dalam video clip Flo Rider atau 50 Cent, dia panggil Booty kot. "Ha! ni ah rupa Booty ketam nih..."
Memang tak macam tengok Jessica Alba punya masa citer Into The Blue tu, tapi Amad kata sedap. Tapi mungkin padangan Amad tu bukan untuk dibandingkan dengan Jessica Alba.
"Eh eh, die senyum!"
Korang tengok la sendiri..comel mentadak laut ni...
Tiga ekor ni berada dalam keadaan ni, dipercayai ekoran mabuk tomyam. Sebelum mereka bertiga terdampar di sini, mereka dipercayai berenang2 di dalam lautan tomyam.
Dalam gambar di atas ni, ketiga2 mentadak laut ni mengambil gambar kenang2an bersama Zano. Nampak yang kanan sekali ni? Dia ingat dia comel kot..mata diorg ni nampak macam buah pinggang. Aku pun tak tahu la kalau itu sebenarnya buah pinggang dia kot..
Gambar dari depan ni telah pun diabadikan dengan menggunakan kamera LX3 ku. Lihat bagaimana mereka bertiga seakan2 tertunduk malu hanya memandang ke lantai. Bila diamati gambar ni betul2, kelihatan seperti mentadak tengah tu sedang mahu akad nikah.
Mentadak laut juga turut terkejut dengan prestasi pemakanan Kept pada hari ini. Ketika mentadak2 ini juga sudah chill, Kept masih lagi terus makan.
Lihat di gambar di atas, bukan pekerja Restoran Yuen yang sedang menggapai kedalam mangkuk stimbot tu.
Dari pandangan sisi, keayuan mentadak laut ini lebih terselah seakan2 sedang photoshoot majalah Mangga. Biasanya model2 lelaki berposing separa bogel di tepi kolam untuk majalah2 tabloid tempatan ini dipanggil 'Buaya Kolam' namun hari ni ada 'Mentadak Pinggan'.
Dalam seumur hidup mentadak ini, mungkin ini first profile picturenya. Namun belum pun sempat dia membuka akaun Facebook, dia telah pun direbus bersama kuah tomyam. Tapi tidak apa, mungkin gambar ini boleh digunakan untuk ruangan 'obituary'.
Keserasian ketiga2 mentadak laut ini telah menimbulkan teori buih. Berdasarkan firasat aku, gaya posisi mentadak laut ini mirip dengan gaya pemain2 sepak takraw. Mungkin sebelum mereka terkorban, mereka adalah regu takraw yang digeruni dalam Liga Mentadak Laut. Namun, bezanya mereka dengan Amad ialah, mereka tidak ada 'key' atau bandanna mengikat kepala.
Perhatikan apit kanan sudah galak, seakan2 sudah sedia untuk melipat.
Lihat sajalah wajah ayunya.
Di percayai ini adalah mentadak laut yang duduk di tengah. Dalam erti kata lain, mentadak tekong.
"Kalau kau makan Ayam Siam ni bai, Tekong confirm Kuda punya.." kata Shahir pada petang itu. 3 daripada 4 orang dalam kereta itu tidak paham maksud ayat tersebut. Aku tak tanya dia, tapi mungkin dia pun tak paham.
Kami selalu membahasakan takraw dengan panggilan "Satow". Malam minggu selalunya kami main pada pukul sembilan. Semalam Shahir cakap:
"Pukul Satow nak Sembilan ni!"
7 daripada 8 orang di Darussalam tidak paham. Tapi sebab kami kawan yang baik, kami buat2 paham.
Mentadak Laut terakhir ni yang paling hensem. Sewaktu aku bangun untuk meninggalkan meja, mereka bertiga masih lagi melepak di situ. Selamat tinggal Mentadak Laut. Kita jumpa lagi lain kali!
blog buih
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment