blog buihDulu kedai ni famous jugak di kalangan budak2 yang selalu lepak kat Subang. Masa tu kedai ni buruk. Satu aunty Cina yang jaga. Choice tak banyak, tapi apa yang ada menjadikan dia ala
hidden gem di tengah2 kesibukan SS15.
Ia terletak bersebelahan dengan Darussalam. Lokasi itu boleh dikatakan kurang menarik kerana ramai pelanggan yang akan lari ke kedai mamak di sebelah yang lebih selesa. Mamak Darussalam ini juga turut menjual nasi goreng tomyam.
Siang tadi, dalam tidak ada idea mahu makan di mana, aku, Xul dan Sapet telah berkunjung ke sana.
Makanan yang diorder agak lambat sampai. Rasa nasi goreng tomyamnya juga agak berbeza. Side dish nasi goreng tomyam yang amat
famous, telur goreng dan hot dog sebatang, juga tidak kelihatan.
Namun kedai ini masih lagi penuh dengan pengunjung terutamanya pelajar2 kolej yang berdekatan.
No comments:
Post a Comment