-gambar takde kena mengena.
blog buih
Aku tengah makan Lele Penyet. Pada sape2 yang tak pernah makan Lele penyet, nanti aku buat entry pasal tu. Best wei...
Tulang2 Lele itu semua rangup setelah digoreng bersungguh2 oleh orang2 indon itu.
Tiba2, PIINNN!!! TINNNN!!! HHOOONNN!!!
Aku dah tak boleh tahan. Aku toleh belakang. Tangan kanan aku masih menggenggam sudu yang diatasnya ada nasi,lele sedikit sambal dan secebis sayuran. Aku usha kerek kat amoi dalam keta tu. Ada stiker merah di cermin ketanya. Bukan stiker Blog Buih. Stiker P.
PIINNN!!! TINNNN!!! HHOOONNN!!!
ada sebuah kereta kat belakang kereta perempuan itu. Tapi kereta tu kehadapan sedikit. Dari tempat aku duduk, aku dapat melihat yang kalau dia reverse je pun lepas. Aku masih berpaling kebelakang untuk melihat kejadian pelik ini. Koordinasi tangan,mulut dan mata sudah tidak keruan. Nyaris aku nak suap nasik masuk ke dalam telinga kanan.
PIINNN!!! TINNNN!!! HHOOONNN!!!
Datang seorang lelaki Cina lalu dia alihkan kereta tersebut. Dia hanya mengangkat tangan acuh tak acuh lalu pergi dari situ.
Perempuan itu?
Lagi 15 minit die kehadapan dan kebelakang untuk keluar dari petak yang asas itu. Aku dah sampai rasa nak pegi tolong dah. Tapi aku tak pergi. Kerana Lele dalam genggaman aku masih menunggu masuk kedalam mulut.
PIINNN!!! TINNNN!!! HHOOONNN!!!
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment