12.3.09

Kenapa pak guard apartment suka enforce undang2 sepenuh jiwa dan raga?

blog buih

Wow! I just saw that Buih Patrol thing and now Blog Buih have been visited 6k times +. Kira ok la tu kan?

Kat atas tu, adalah gambar silhouette yang diambil di pantai Port Dickson selepas mandi manda. Memang susah nak cam. Ye la, sebab tak nampak muka kan? Kalau nampak muka mesti gambar ni tak smart.

-------------
Aku yang kepanasan dan lemas ekoran berjalan2 mencari ayam yang dah dipotong menunjuk Xul jalan masuk ke dalam kawasan Apartmentku. Tiba2 kami ditahan.

"Encik, keta cik takleh masuk nih..takde stiker." kata pak guard tu dengan gaya macho. Dia ingat dia Tom Hanks dalam citer Green Mile kot..

"Cik, kami tak diberitahu ada undang2 baru ni, saya pun jarang datang sini.." Aku cuba memberi alasan.

"Takde..undang2 ni dah 4 bulan dah..kalau bapak encik tak cakap sebelum nak datang, encik kena parking kat luar.." katanya penuh wibawa.

Ok, takpe lagi..aku masih sabar lagi. Kitorg ke depan sikit. Nampak satu parking spot. Cepat2 kereta di letakkan di situ. Kami turun dan berjalan 4 block untuk ke apartment itu.
-------------

"Tok Tok Tok!" pintu grill diketuk2 oleh seorang pak guard. Aku bergegas ke arahnya.

"Encik, kereta encik tu, takleh nak diletak di situ.Encik kena alih, kalau tak kami kunci" Kata pak guard itu.

"Sape yang suruh alih?"

"Boss saya, dia security manager" katanya perlahan.

Aku turun dengan Xul. Pak guard itu menuding ke arah seorang lelaki berbaju kemeja hitam. Aku selamba je pegi.

"Kenapa saya tak leh parking sini?"

"You duduk kat apartment, you kena ada stiker.. You tak boleh parking kat tempat hotel ni." katanya dengan menggunakan 'I/you'. Mungkin kerana overdose soap opera melayu.

"Kalau saya nak bawa kawan2 guna facilities hotel, saya nak makan kat hotel ni, saya tetap tak boleh parking sini?" aku mulakan hujah.

"Tak boleh cik, nampak kereta Mercedes kat luar tu? dia pun parking situ." aku dah naik menyampah layan lojik dia. Aku tak paham apa kena mengena Mercedes tu dengan aku.

"Semua kereta yang duduk di hotel ni pun, akan diberi pass untuk masuk ke dalam parking apartment yang lebih besar.You kan owner, you patut tahu." Lelaki itu petah berkata2.

"Ok, kalau macam tu, you bagi I satu pass untuk masuk parking di dalam." Aku dah nampak dah ayat aku seterusnya..

"Tak boleh..kita tak boleh buat macam tu...You patut arrange dulu untuk stiker you."

"As an owner, bila beli apartment ni, we're allocated with a parking lot. Now you are refusing my parking lot.So camane?" Aku memang dah tau dah, dia takkan bagi masuk.. tapi aku takleh resist nak bertekak. Tu macam hobi aku gak ah.

"err..takde..takde..takleh..takleh..call dulu la..."

By then aku ngan Cul dah jalan pegi kereta dah, kitorg reverse dan park kat luar. Meamng tak de apa yang aku dapat dari bertekak ngan dia, but at least dia sure ingatnya apartment aku dan muka aku..

I Like!

2 comments: