5.3.09

buih, benang dan jarum.

-rendang resipi nenek yang di approve oleh dia. ha...2 orang je dalam family dapat approval ni setakat ni.
blog buih

Hari Sabtu lepas, aku berlegar2 di dalam rumah. Jenuh aku berjalan, tiba2 aku ternampak nenek duduk di tepi pintu. Dia sedang memandang ke Fountain di depan rumah. Dalam fountain tu ada ikan kaloi. Kadang2, kalau aku carik2 mak aku tak jumpa, aku duduk kat tepi kolam tu sambil nyanyi :

wahai perigi... perigi airnya biru
tempat bermain... bermain pari dan mambang

mohon izinkan hamba merayu ibu
izinkan hamba merayu ibu
bagi penawar hatiku yang bimbang
wahai bonda ibu kandungku

wahai bondaku
bondaku si ikan kaloi
timbullah bonda ooiii...
timbullah tunjukkan diri

nasi malukut dengan sayur keladi
nasi malukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari
wahai bonda ibu kandungku
Tu lagu OST Bawang Putih Bawang Merah yang zaman dulu2 punya. Tapi aku tak macam Bawang Merah, macam bawang besar ada la. Nanti bibik kat rumah tu jerit "Mama pergi shopping la!"

Jadi aku dekati nenek aku. Nenek aku, aku panggil Mak. Mak aku, aku panggil Mama.

"Mak, buat apa mak?"
"Mak tak nampak nak masukkan benang dalam jarum nih, tolong mak" Jawab nenek aku.

Dulu, masa aku kecik2, itu la kerja aku kat rumah Mak. Aku lari2, berangan jadi Ultraman pastu kejap lagi jadi He-man. Dalam tengah kusyuk tu nanti dengar suara yang memanggil aku balik dari Grayskull. "Boy!! Tolong mak jap"

Aku rasa seronok sangat masa berjaya masuk kan jarum tu. Lepas bagi balik kat dia, macam biasa dia suruh cium dia, pastu pegi sambung main.

Lalu aku lari2 keluar bilik terasa macam He-Man, only 20 years older.

No comments:

Post a Comment