6.3.09

You think I'm Lebanese?


blog buih

Seriously..You've seen me before. Do you think I look like I'm Lebanese?

Tadi aku makan di Rawsha. Sayang tak bawak kamera LX3 kesayanganku. Sebab kalau review makanan kat situ, mesti aku sendiri yang tersaiko.

Portion dia besar. Jadi kami share saja. Aku order air mineral. Dia minta Teh Pudina. Aku berpakaian kemas baju putih dan seluar kelabu petak2. Kasut hitam menjadi pilihan. Gaya loyar buruk idaman.

Setelah selesai makan, aku bangun untuk ke kaunter. Ye la, gaya smart.."Ill take care of the bill" Kataku sambil menahan perit. Perit kerana duit ku sikit.

Arab Lebanese si tauke kedai tiada kelihatan di kaunter. Aku berdiri di tepi kaunter sambil membuka2 menu kecil yang menyamar sebagai pamphlet untuk diambil oleh para pengunjung. Percuma. Macam stiker blog buih tempoh hari.

Tiba-tiba, datang satu abang. Abang ni memang Melayu sungguh. Sopan, hensem.. Macam aku juga...Melayu..

Tapi mungkin abang itu tidak berfikiran sebegitu.

"ehem2..Boss, booleyy kiraa?Kiraaa..." Tutur nya pelahan. Lagak macam aku tak reti cakap Melayu.

"Wei kamon aa..blog aku pun aku tulih dalam Bahasa Melayu nih..!!" Jerit hati ku perit. Perit kerana orang Melayu sangka aku bukan melayu. Rasa macam nak amik stiker blog buih satu, tampal kat dahi dia, tangkap gambar. Just for fun.

Aku tak tau ape nak jawab. Aku angkat bahu. Angkat sebelah kening. Body language aku untuk kata "Mende ko nih?"

Dia sengih.

Bila aku berpaling, Mamat Lebanese tu sudah muncul. Giliran aku untuk meminta harga bayaran. "How much?"

Dia tunjuk ke arah meja yang tadi aku duduki.

"Yup, that one" fasih jawapanku. Mudah untuk orang asing faham.

"Abang makan Chicken Mandy satu, Air mineral botol kecik dengan Teh eh?"

Syial arr...sape Lebanese sekarang?

1 comment:

  1. first time jumpa peah, i tot u ada mix arab. tak eh?

    ReplyDelete