23.3.09

Masalah

"nampak mamat naik parachute yang terhumbang-ambing kat kanan gambar tu?hidup aku macam tu ah!"
blog buih

Banyak betol masalah.

Antara masalah yang aku hadapi sekarang ni.

Tayar depan kereta aku berbunyi macam kilang potong besi. Aku tak tau ape benda alah kat bawah tu. Tapi bunyik dia macam kat bengkel KHB.

Aku tertinggal kunci kat rumah. Bos pulak tertinggal kunci dalam opis. Jadi sebaik sahaja aku sampai opis, aku runner balik umah.

Ofis mate aku tak tau ape makna "urgent". Jadi dia cakap urgent bila orang Bank call. Aku bersepah2 lari. Rupanya nak confirmkan check.

Modem kong - no more blogging from rumah. Kena tunggu adik balik dari Dublin baru selesai masalah. Aku ngan orang2 kat rumah semua tolol IT.

Bila dah takde internet, takleh nak blog. Jadi kena blog masa lunch kat opis. Kesudahannya, isi blog akan bercampur aduk. Semua topik akan dimasukkan sekali.

Gambar2 recycle dari Facebook. Sebab gambar2 baru semua dalam computer kat rumah. Kalau nak upload kena bawak dalam thumbdrive pergi opis. Semua orang tau aku tak serajin tu.

Paragraph aku semua,
dua line je.

No comments:

Post a Comment