27.3.09

Kepala hotak ah!


blog buih

Hari ni aku kena layan orang bodoh.

There you go, straight forward je aku cakap. Aku rasa kalau aku rationalize ngan dia, mungkin dia akan mengaku sendiri. Tapi aku tak sampai hati.

Semalam dia call. Dia cakap nak datang opis betulkan meter letrik TNB. Aku tengok jam. Dah 5.15pm. Aku cakap datang esok je ah.

Aku tunggu dari pagi. Dia tak call langsung. Aku dah standby nak ke bengkel betulkan brake pad.

Dia call aku. Aku perhatikan jam, kul 12 tengahari. Aku cakap datang je la. Takkan aku nak suh dia datang esok lagi? Aku lak yang bodoh nanti. Esok hari Sabtu.

Dia call lagi. Dia kata dia dah sampai tingkat dua. Aku dari tingkat satu lari ke tingkat dua. Biasanya orang2 kat Block C tak suka bila itu berlaku. Semua orang akan berlari keluar kerana takut gempa bumi.

Aku tercungap2 di depan pintu. Aku hampa kerana tiada orang. Selang 15 minit menunggu aku call dia.

Dia ada kat tingkat 2 bangunan lain.

Aku cakap "salah building ni!" Aku bagi instructions tepat nak ke building betul. Dia suruh aku tunggu.

Selang lagi 15 minit. Aku call dia lagi. Dia kata, "Bang sorry aa bang, alang2 ada kat sini, saya repair dulu yang kat sini punya"

Aku cakap "kenapa tak cakap?penat aku tunggu"

"kan dah cakap tu..kan dah cakap sorry" Katanya.

Aku turun balik. Tunggu kat opis. Sampai dia telefon.

Cepat2 aku pergi FAM untuk makan Char Kuey Teow lepas tu.

Lapar.

1 comment:

  1. baiknya hati encik buih ni. kalau aku confirm aku dah maki2.. hehe

    btw, aku dah add ko kat blog aku.. hoo yeah

    ReplyDelete