23.9.10

Perth

Hari raya kedua, kamis atu family pergi Perth. Dah lama tak pegi holiday satu family. Persiapan pun lebih menarik kali ni sebab semua dah besar panjang. Satu je tak best, aku lupa bawak kad, takleh nak tenyeh.

Flight to Perth mengambil masa 5 jam. Duduk kat kerusi sempit Air Asia selama itu boleh menyebabkan sakit pinggang.
Cuaca kat Perth best. Sejuk tak sejuk sangat. Panas tak langsung. Makanan kat Perth ni senang mungkin sebab banyak orang Melayu, Indonesia dan orang Arab datang.

Tapi kalau tak jumpa kedai, kena tahan la makan Fish & Chips. Kedai terbaik untuk makan Fish & Chips adalah Cicerillos kat Freemantle.
Kerja aku kat Perth selain dari amik gambar banyak-banyak adalah bawak kereta. Kereta sewaan jenis Hyundai Elantra telah berjaya dipandu ke Mandurah dan juga sampai kat Caversham Wildlife Park. Pendek kata, aku dah takde masalah dah drive dalam Perth ni.

Namun, malan tidak berbau, CF card aku mengalami kecacatan lalu gambar untuk dua hari pertama telah lesap.
Seronok pegi Perth ni. Boleh 'chill' macam kangaroo ni.
blog buih

1 comment:

  1. oh. patutlah lama tak update blog.

    ReplyDelete