7.5.08

bye bye sapet

Harijadi Sapet & Gadis + farewell Sapet
Kening Tebal
Thick Eye-Browed Otter
Sudin,Orang Tua & Yodsenklai

Bell & Ross, chicks dig it!

Hari sabtu lepas, Sapet menjemput kami ke acara karaoke sempena pemergiannya ke Sudan.

Banyak juga gadis2 kawan dia yang ada disana. Sapet datang dengan girlfriendnya. Aku hanya sekadar mengikut Kept, Zano dan Aled. Nik (Model Bell & Ross) datang lebih awal. Si tua Xoul, datang lebih lewat. Teman2 lelaki si gadis2 beredar separuh jalan, Malam racing di dataran agaknya..

Lagu2 dendangan Sapet bersilih ganti dengan lagu dendangan gadis2 itu. Kami hanya menyanyi sekali sekala. Aku dan Sapet berduet lagu "ketahuan". Nasib baik aku tahu lagu tu.Gadis bertopi merah amat pandai menyanyi..mmmm! I like!...

Gadis2 lain kurang pandai menyanyi.Telinga aku sakit. Pipi aku bergerak2 kecil menahan gelak. Di dalam kegelapan, samar2 aku melihat Zano turut begitu. Tetapi amat sukar untuk dilihat.Zano berkulit gelap.

Gambar2 juga amat sukar untuk diambil.Keadaan bilik amat gelap. Namun kami sempat merakamkan gambar kenangan.Selamat Tinggal Sapet.

Sekian sahaja laporan saya buat kali ini.
blog buih

Jangan pedulikan gambar dibawah:

No comments:

Post a Comment