30.4.10

Mana lesen?

-budak2 comel.
blog buih

Semalam aku balik lambat. Ada game badminton.

Sampai kat simpang depan rumah aku, aku di pintas dengan satu kelisa merah. Driver dia kecik je. Muka memang muda dari adik bongsu aku.

Aku kat atas jalan besar. Budak ni keluar menonong. Tak patuhi undang2 jalan raya langsung. Aku suluhkan lampu kereta. Tekan hon. Dia sempat angkat tangan.

Budak2 sekarang, kecik2 dah besar.

Bawak la kereta tu elok2.

29.4.10

Scorponok

-kesian. demam.
blog buih

"saya nak mintak MC"

"sakit ape?" tanye Doctor.

"saya terperangkap dalam bubble"

"Tu la, siapa suruh main dengan Scorponok.."

Scorpions are jerks.

Pariap!

-abang kelakar.
blog buih

Dalam perjalanan nak ke opis hari ni. Aku rasa sakit rahang. Baru aku ingat. Semalam aku lepak dengan mamat kat atas ni.

Abang ni kelakar.

Sampai sekarang sakit lagi rahang aku.

27.4.10

Tutti Fruitti

-sedap sial.

blog buih

Mulanya adik aku yang pukul canang. Dia ajak aku ke Sunway Pyramid. Sape nak pegi Sunway Pyramid? Right?

Dia kata ade tempat makan baru. Makan Frozen Yoghurt atau nama manjanye Froyo. Boleh pilih dan letak topping sesuka hati. Sape makan Froyo?Right?

Tapi jangkaan aku meleset sama sekali. Ini bukan fad kanak2 remaja zaman sekarang. Semua ni kerana aku pegi Tutti Fruitti dekat Taman Tun Dr Ismail hari tu. Sedap sangat, Kak Erra dengan baby dia pun makan.

Sape Kak Erra?

Sekarang aku dah jadi hantu Froyo.

22.4.10

Cantik


blog buih

Hari ni semangat nak balik rumah dari kerja membuak2. Bukan macam hari2 lain tak semangat nak balik. Hari lain pun semangat juga tapi hari ni....Hari ni lain.

Tadi aku pegi kedai apek. Betulkan kereta. Nama apek tu Ah Fatt. 36 tahun dia jadi pomen kat situ.

Kereta aku style sekarang. Break pad dah ganti. Dah takde lagi bunyik2 meraung masa nak berhenti. Sekarang senyap je.

Lampu pun dah ade dua. Kalau dulu lampu ada satu je. Sebelah lagi tak nak menyala. Sekarang dua2 sama terang. Kadang2 aku rasa terlebih terang dunia ni.

Kalau dari jauh dulu, kereta aku nampak macam motor.

Sekarang sudah cantik.

Lampu mati.

- Dead headlamps.
blog buih

"Uncle, saya punya lampu depan sudah mati la. Mau tukar, berapa?" Aku tanya kat sorang uncle Cina dekat bengkel sebelah opis aku. Muka dia nampak macam friendly je. So aku pun buat baik la ngan dia.

"Macam mana boleh mati?" Dia tanya balik.

"Saya pakai sudah dekat 5 tahun la uncle." Tua gak kereta aku ni.

"Mana ada mati? Ini ada ni" Uncle tu tunjuk kat lampu kereta aku.

"Biar benar orang tua ni?" Aku jadi pelik langsung jalan ke depan kereta.

"Ni ada!" Dia tunjuk lagi kat lampu tu.

"Ye la..lampu memang ada. Tapi kalau malam pasang, dia takde keluar api." Aku cuba explain dengan gaya lain.

"Itu bukan mati. Itu Bakar!" apek tu gelak2.

Main2 lak orang tua nih!

20.4.10

Sports Day!





-loves sports day!
blog buih

Dalam sibuk2 hari tu, sempat aku singgah sports day kat MPSJ untuk amik2 gambar.

Sports day sekarang memang lain dengan zaman sports day kat sekolah dulu. Zaman sekarang dah banyak paparazi. Kasut spike bebudak ni pun macam nak lari Olympic. Lari pun kat atas track cantik. Bukannya padang yang tak rata.

Tapi sports day dulu2 lagi best.

[post no. 800]

15.4.10

Word Verification kurang sopan.


blog buih

Aku dengan penuh niat sucinye mengomen kat page kawan aku. Citer pasal birthday dia. Khabarnya nak masak kek. Nak gak aku merasa air tangan kawan aku.

Tetiba Word verification suruh aku tulis benda yang bukan2.

Aku terpaksa tulis walaupun mengaibkan.

Ini semua agenda hendak merosakkan akhlak para blogger.

Sampai sekarang aku tak merasa kek tu.

14.4.10

Leka

-Ni pun antara alat leka terbaik. Tau2 je dah dua jam.
blog buih

Kat sebelah tangan aku tergenggam telepon. Aku berdiri depan lif. Perut lapar nak turun beli cekodok. Kalau kena Nescafe Ais sekali pun cara gak.

Aku tekan butang tunjuk arah bawah.

Seorang amoi lalu. Dia senyum.

"Mungkin mengah naik tangga kot minah ni." Bisik hati kecil aku sambil pandang ke muka telepon.

Seorang brader lalu. Mullet agak bersepah. Brader tu senyum kat aku.

Aku berdiri lagi depan lif. Terus aku pandang muka telefon aku.

Seorang makcik lalu. Badan agak gempal2. Macam separuh mati dia muncul dari tangga itu. Makcik ni pun senyum kat aku.

Aku dah tak tau ape nak tengok lagi kat telepon aku.

Baru aku teringat. Lif rosak.

"Ape kejadahnya aku tunggu depan lif ni?" Aku maki diri aku sendiri. Perut pun rasa cam tak lapar. Kalau aku turun bawah beli cekodok, by the time naik atas dah lapar balik dah. Baik aku duduk dalam opis.

"Kurang2 boleh buat blog..."

12.4.10

Review photography

-contoh gambar yang saya tangkap.
blog buih

Ni review pengguna perkhidmatan photography aku ala Harmony Central. He's actually a friend with a huge pedal collection.

jangan la malu2 kalau perlukan perkhidmatan mengambil gambar bass...

Ease of use 10
I bought Boboy photog 2.0 after hearing about this from a close friend. Come on, it's a service how hard can it be?

Sound quality 10
This is where it really shines. Very quiet low noise. In fact you'll be hard pressed to know it's turned on at all but once off you'll really notice the loss of the shimmer and the high end sheen.

Reliability 10
I bought this used. For it's age the years have been kind. Others than some scruff marks and dings and dongs it works perfectly. And it's robust built I am pretty sure it'll last me a long time.

Customer Support 10
The best. Boboy (a.k.a Buih) is only a phone call away and he always comes across as a fine gentleman who's genuinely interested in his customer's needs.

Overall Rating a solid 10!
I don't know how I ever manage without this! If it was stolen I'd hunt down the perpetrator and skew him alive. Then I'll go out to order me one more. Yes it's indispensable.

Interested? Inquire within.

Satu Ratus.

-encem.
blog buih

Seratus hari yang lepas, aku terpengaruh dan membuat langkah gile dengan melancarkan projek Trisikfai aku.

Walaupun aku tak pandai sangat amik gambar. Aku buat dek je. Aku teruskan jugak dengan hobi aku ni.

Sekarang ni aku akan terjun ke dalam satu lagi projek yang lebih gile dari projek diatas.

Alhamdullilah, selama seratus hari ni aku berjaya menghasilkan beberapa gambar menarik. Walaupun gambar tak menarik lebih banyak sebenarnya.

Lagi 265 hari je lagi. Semoga berjaya la hendaknya.

8.4.10

Bekam


blog buih

Pening kepala? Rasa tak sihat?

Teknik perubatan tradisional sket...

5.4.10

Photography Outing @ the Curve.


vedder in bokehistan
blog buih

Malam Sabtu. Takde apa nak buat. Dari tengok Abang Berba buat lawak sarkis, baik pegi amik gambar.

Malam yang penuh informatif untuk mengambil gambar.

Model je takde.

2.4.10

Nak Makan Kasut?


-makan kasut sendiri, jangan makan kasut aku. Kasut aku ori.
blog buih

Aku jarang bengang ngan orang. Seboleh2 aku nak buat lawak walaupun aku tengah nak fed up ngan orang tu.

Tapi aku ade kelemahan ngan orang yang pitch tinggi. Takde ape2 tengah duk lepak2 tengok komputer pun suara dia tinggi. Nak gi makan pun suara dia tinggi. Nak datang amik duit gaji pun suara tinggi.

Tapi kalau aku suruh nyanyi lagu Agnes Monica mesti merangkak2 jugak.

Muka memang jauh la dari Agnes Monica.

Tadi aku berdiri mengadap photostat machine. Kat tangan aku ada file. Ada orang nak saman orang lain dan aku kena scan gambar tempat berlaku kerosakan pada bangunan.

Dengar citer orang2 lain kat opis, photostat machine ni dah maju. Boleh scan terus pegi computer. Lalu aku bertanya dengan agak sopan.

"Kak, camane nak scan pakai mesin ni?"

Lalu dia jawab dengan pitch setinggi2 alam. Macam Mariah Carey part last2 lagu Honey.

"Nak scan? Scan la!"

Panas beb...panas gile..

1.4.10

Jejaka tampan nombor dua puluh lapan Cleo.

-undilah Ali Riza.
blog buih

ada sekali tu, aku terjumpa satu awek budak UM. Dia tanye aku,

“You kenal Aleck tak? Budak MC kan?”

“oh kenal…my batch tu…Nape?” Aku cam tak budget ah such a small world.

“Oh takde..kitorang selalu nampak dia naik basikal..pastu kitorang follow dari belakang..bontot dia power.” Jawab awek tu sambil gelak2 comel.

True story.

Aleck sangat legendary macam Barney Stinson.