31.5.10

4 Corners

-rempah ratus.
blog buih

It started with 4.

4 people at the end of a room, a rather big one at that. Where beds we put in lines. Young men were housed here.

At the end corner, stayed 4 young men. 1 was from East Coast. Very insightful and knowledgeable. One was an avid rugger. Screamed jumbled words at line outs. Next to him was the Hockey player. Skillful and fast. And I was opposite him.

This 4 corners mark a territory we called our own. Where friends come to hang and juniors try to avoid. In the East Wing of Big School, nestled behind the shades of Big Tree, is the kingdom of Dorm 6.

Two of them are now with 1 child. Last Saturday the hockey player got married.

"Tinggal ko sorang je Sixers. Bila lagi? Kitorang nak datang"

And I stood there knowing that, from this kingdom, I'm the last of my kind.

27.5.10

Longhorn.

-muahahahhaha
blog buih

"Ini la bass aku" Aku cakap penuh rendah diri.

"Eh, ni Fender Jazz Longhorn ni, rare ni bro. Ko tengok horn dia panjang sampai 12th fret." Kata seorang pemain bass tersohor tanah air.

Muka aku terus blur.

"Ko tak pernah tau eh?"

Aku angguk.

"Ko balik, ko Google la." Jawab dia tenang sebelum dia terus bermain bass itu.

Longhorn Fender Jazz Bass @ Boner Bass is circa 1990.

p/s: Ini bukan posting menunjuk2. Ini nak tunjuk apa yang aku tau je. LOL.

20.5.10

That's mean.

-"Surprise!"
blog buih

"Mana list nama2 Stakeholder yang ada dengan kita?" Tanya akak peguam.

"Ni list dia, senarai ikut nama. Dari bulan 12 sampai la bulan 2." Jawab macai.

"Ohh That's mean, sampai bulan dua je?"

"Ye, sampai bulan dua je. Lepas dari tu kita tak dapat dah dari developer tu" Jawab penuh tenang.

"Oh..That's mean, duit ni duit Puan Siti?" Peguam terus bertanya bertalu2.

"Ye, mula2 dia bayar dulu, kemudian BPP bayar semula, jadi duit pendahuluan tu dah bagi balik." panjang lebar penjelasan kali ini.

"Ohh That's mean kita dah takde hutang dia apa2 lagi?" Terus dia bertanya.

"That means, takde." Jawapan pendek dan tepat.

That means ngan that's mean tu benda lain. Jangan confuse.

19.5.10

Englishman.

-peragawan.
blog buih

Berbekal baju kerja sepasang serba baru, aku teman kawan aku pegi makan. Dalam kepala masih belum boleh buat keputusan destinasi makan yang dituju. Namun jalan berliku terus ditempuh.

Akhirnya kamis singgah di sebuah kedai Nan terkemuka di tanah air. Nan Mumtaz terbaik.

Lepas makan.

"Nak amik gambar ape hari ni?" Dia tanya aku soalan. Dia selalu teman aku amik gambar.

"Tak tau la, tapi aku rasa nak amik gambar pemandangan la hari ni. Penat la amik gambar orang." jawab aku selamba.

"Chis! cakap la tak nak amik gambar aku! penat aku pakai baju Englishman." Peragawan mula marah.

"ok la..." Aku mudah mengalah.

18.5.10

Kambing

-salad apel dan pokok2 hijau lain dalam peti es.
blog buih


Aku tengah semangat pemakanan sihat.

Jadi petang2 bila ada masa terluang balik dari opis, aku akan ke dapur untuk menyediakan sajian makanan sihat. Sebenarnya ini satu alasan baik untuk aku main masak2. Masak2 tu hobi aku no 20.

Penolong aku kat dapur, seorang minah negara jiran. Banyak cakap. Tak berhenti2. Kadang2 aku senyap buat malas nak layan. Lagi dia banyak cakap.

Selesai aku potong lettuce coral dan romaine, aku campakkan ke dalam mangkuk plastik dan bawa ke sinki. Aku basuh satu persatu. Masa tu dia keluar dari mana entah lalu bertanya.

"Uih! Banyaknya sayur, Abalong dah jadi kambing ke?"

Nasib baik Malaysia tak masuk final, negara dia masuk final. Kalau tak aku dah maki dah.

17.5.10

Headhunting


blog buih

Ade satu awek. Aku nak jumpa dia lagi. Tapi aku tak tau mana nak carik dia. Aku kena menggunakan kaedah cuba2.

11.5.10

Peah

-copeland. best. tapi dah farewell tour.
blog buih

"Makcik nak bayar duit Stamp Duty" Kata makcik yang tetiba terjengah kat dalam opis aku.

"Ok, bak meh duit ngan surat kitorang. Saya nak refer file mana." Aku jawab selamba.

"Nama makcik apa?" Aku tanya makcik yang tercegat pakai tudung oren. Aku terpaksa keluar dari bilik aku untuk melayan karenah dia. Orang lain semua takde kat opis.

"Nama makcik Rafeah Bakar." Makcik jawab penuh jujur.

"Hngst Hngst" Aku cuba nak cover gelak. Tapi tak berjaya.

7.5.10

Beng Hai Bonus.

-siri beng hai ni ada tiga je cerita. Tapi ni cerita bonus.
blog buih

Aku sampai ofis. Pagi Isnin. Suasana hiruk pikuk di lobi. Ramai orang berpusu2 naik lif. Aku turut beratur. Walau hanya ke tingkat satu. Aku malas.

Aku Sagittarius malas.

Pintu lif hampir tertutup. Aku paling berhampiran dengan punat2 di dinding lif. Aku tekan butang buka. Seorang awek masuk.

"Thank you Mr Leong." Dia cakap penuh pasti yang Mr Leong berdiri di hadapannya.

Aku senyap. Tersenyum sedikit. Sambil buat muka macam Mr Leong.

"Eh! I ingatkan Mr Leong tadi! Eh sorry eh! Sorry!" Cepat2 dia pusing pandang depan. Aku dah takleh tahan gelak. Nasib baik pintu lif terbuka semula.

Aku cepat2 langkah keluar ke arah opis.

Aku Mr Leong? Leong Beng Hai.

Beng Hai 3

-masih dalam siri yang sama.
blog buih

Lepas dah beli barang camera, kitorang jalan2 dengan niat nak minum petang. Minum petang kat mana paling best? Mesti la kat Tutti Fruitti TTDI.

Semua orang dah pilih makanan. Duduk sambil berborak kosong. Tetiba segerombolan awek lalu. Aku pun call kawan aku. Tanya pasal tiket AIM esok hari. Kawan2 lain di meja tergelak. Kata mereka macam lepak ngan artis.

Semua orang sudah abis makan. Aku cuba betulkan tali beg Crumpler yang tersandang di bahu. Aku angkat tangan.

"Wahahahahah" kawan2 aku gelak serentak.

Tangan aku tersangkut kat lampu kedai.

Malu.

6.5.10

Beng Hai 2

-sangat biru.
blog buih

Selepas kejadian pertama, aku teruskan perjalanan ke digital mall. Niat kat hati memang nak beli UV filter dua ketul untuk 70-200 dan 11-16 aku. Tak sopan la tak pakai UV filter.

Selesai transaksi pembelian filter dengan seorang amoi.

"Thank you aaa" kata amoi tu.

"Aa ok" aku jawab ringkas. Mata tak lepas dari tengok body2 camera yang sedang di tayang kan di atas rak cermin. Ada 50D ada 7D. Sangat menarik.

"Nanti you mau apa2 you datang lagi la." Jawab amoi tadi.

"Ok la..you jual la body you murah2 nanti i datang beli" aku jawab selamba. Tetiba aku rasa sunyi sepi. Aku pandang atas, amoi tu tersipu2. Aku pandang kanan, kawan2 aku dua orang dah gelak2 macam monyet.

"Ape ko cakap ni wei!" salah seorang dari mereka cuba cakap. Mata dia dah mula gatal sebab dia dah mula tenyeh2.

"BODY CAMERA LA!!!" aku cuba cover. Amoi tadi masih gelak.

Aku belah terus.

3.5.10

Beng Hai 1

beng hai - bodoh teramat sangat.
blog buih

3 kejadian Beng Hai berlaku hari tu. Aku nak cerita satu per satu.

Lokasi : Subway Jaya 33.

"Foot long tu ape wei?" Tanya zano kat kedai sandwich enak itu.

"Foot long tu panjang gile wei. Kalau ko makan jadi Beng Hai nanti!" aku cakap penuh semangat.

Wanita Tiong hua tepi aku pandang aku lain macam. Semua orang gelak. Aku malu.