7.5.10

Beng Hai Bonus.

-siri beng hai ni ada tiga je cerita. Tapi ni cerita bonus.
blog buih

Aku sampai ofis. Pagi Isnin. Suasana hiruk pikuk di lobi. Ramai orang berpusu2 naik lif. Aku turut beratur. Walau hanya ke tingkat satu. Aku malas.

Aku Sagittarius malas.

Pintu lif hampir tertutup. Aku paling berhampiran dengan punat2 di dinding lif. Aku tekan butang buka. Seorang awek masuk.

"Thank you Mr Leong." Dia cakap penuh pasti yang Mr Leong berdiri di hadapannya.

Aku senyap. Tersenyum sedikit. Sambil buat muka macam Mr Leong.

"Eh! I ingatkan Mr Leong tadi! Eh sorry eh! Sorry!" Cepat2 dia pusing pandang depan. Aku dah takleh tahan gelak. Nasib baik pintu lif terbuka semula.

Aku cepat2 langkah keluar ke arah opis.

Aku Mr Leong? Leong Beng Hai.

1 comment: