6.5.10

Beng Hai 2

-sangat biru.
blog buih

Selepas kejadian pertama, aku teruskan perjalanan ke digital mall. Niat kat hati memang nak beli UV filter dua ketul untuk 70-200 dan 11-16 aku. Tak sopan la tak pakai UV filter.

Selesai transaksi pembelian filter dengan seorang amoi.

"Thank you aaa" kata amoi tu.

"Aa ok" aku jawab ringkas. Mata tak lepas dari tengok body2 camera yang sedang di tayang kan di atas rak cermin. Ada 50D ada 7D. Sangat menarik.

"Nanti you mau apa2 you datang lagi la." Jawab amoi tadi.

"Ok la..you jual la body you murah2 nanti i datang beli" aku jawab selamba. Tetiba aku rasa sunyi sepi. Aku pandang atas, amoi tu tersipu2. Aku pandang kanan, kawan2 aku dua orang dah gelak2 macam monyet.

"Ape ko cakap ni wei!" salah seorang dari mereka cuba cakap. Mata dia dah mula gatal sebab dia dah mula tenyeh2.

"BODY CAMERA LA!!!" aku cuba cover. Amoi tadi masih gelak.

Aku belah terus.

No comments:

Post a Comment