24.11.09

Krabi.

-guess what is the total value of all these pedals?
blog buih

Esok pagi aku gerak gi Krabi. Sekarang aku tak boleh buat keputusan sama ada nak belajar servis kuda macam Pak Dee atau nak belajar buat Tiger Uppercut macam Sagat.

Kena tenangkan fikiran dulu...

23.11.09

The Killers.

-lama tak buat perangai macam ni, rindu rasa di hati.
blog buih

The Killers nak datang Singapore. Rasa macam melonjak2 hati ni penuh girang. Kalau aku boleh jadi seorang bassist tersohor, aku nak jadi bassist The Killers. Imej cool PLUS pandai main.

Sape nak pegi Singapore dengan aku?

Sterling

-Candy
blog buih

Aku bangun awal. Sempat tengok V. Episode 3. Semalam masa tengok aku terlena.

Aku keluar rumah pukul 8.20 pagi. Orang gaji tak masak sarapan. Aku makan Roti Ikan Bilis Hi Five dua biji dan air oren. Sakit perut. Singgah melawat jamban Old Town White Coffee Jalan Ipoh.

Aku masih sempat sampai pejabat pukul 9.

Mana pergi semua kereta?

"Cuti sekolah dah mula..kurang kereta kat jalan" kata kawan.

"oo...Budak sekolah yang bawak kereta ramai2 selama ni rupenya?" jawab aku.

20.11.09

Generasi X dan Y

-Twin Reverb.Nice.
blog buih

Blog Sopi telah mengutarakan topik ini. Aku baca dan tergelak sendiri. Aku antara juri-juri tak profesional petang itu yang sedang menghakimi gaya gadis2 muda.

Ini pula cerita dari perspektif aku.

"uish keciknya kaki budak ni.. Lengan aku lebih besar daripada betis si dia. " bisikku pada teman gosip sambil menjegilkan biji mata..

"Takper pi , diorang tuh budak budak lagi .. lain la ...kita nih dah kahwin...dulu masa muda kita kurus macam tu gak " balasnya untuk menyedapkan hati sendiri. Tangan kanan terus menyuap nasi lemak ayam ke dalam mulut. -Blog Sopi


Memang betul. Kaki budak tu kecik. Kecik dan halus macam lidi. Dipadankan dengan jeans skinny yang sangat sempit, memang nampak macam chopstick.

"Dulu kitorang pun macam ni ke?" tanya ibu mengandung di depan aku. Aku pandang dia. Masa tanya pun tak pandang aku. Dia tengah sibuk carik sudut paling sesuai nak kopek ayam. Maklumlah, bahagian 'thigh' ayam goreng. Nasi digaul dengan sambal, ayam yang sudah diracik di letakkan di atas sudu bersama yang lain. Lalu disumbat kedalam mulut.

"Ye la..cuba tengok gambar lama2 yang diorang upload kat Facebook..besar ni je la dulu" Kata Isteri juruterbang yang duduk disebelah aku.

"Mana ade...korang takde ah kurus macam ni dulu." Aku jawab penuh naif. Susunan ayat aku tidak sensitif kepada perasaan kawan2 aku.

"Dulu2 mana ade pakai skinny jeans...So tak payah la nak kurus2 sangat." Sambung aku untuk meng'cover' ayat pertama. Namun, aku sedar ayat cover aku lemah.

"Tapi apasal baju ko macam jubah lepas mandi?" nasib baik penjerung mencelah dengan baik. Semua mata tertumpu pada mak buyung yang pakai cardigan macam bath robe.

Tiba2 kumpulan gadis berkaki chopstick bangun.

"Tengok tu, bontot pun comel je.." Kata Puan Sopi.

Aku pun terpaksa akur pandang. Memang comel. Lepas tu aku dah tak boleh fokus. Tak lama selepas itu, aku pun pulang. Isteri juruterbang dan Ibu sarat mengandung duduk di kedai kopi sampai pukul 10.30 malam.

Kesimpulannya, kalau dah tua tu dah la..kita duduk je minum kopi...

p/s: So next week rojak buah, on?

A night in Ipoh.

-sekarang dah insaf kerana tak larat nak berlari lagi.
blog buih

The 4 of us, dapat lesen pegi ipoh dengan alasan nak beli barangan sukan.

Pegi ipoh, lepak sampai malam. tak tau nak duduk mana. kitorang lepak kat kentuck 24 hours.

So, bila dah abis fries semua, still tak tau nak buat ape. kitorang decide untuk jalan2 kat luar.

Tetiba lalu satu mat rempit. Dia jerit something like "balik la woi!". My dear friend from the same house, responded "Okkk!" sambil kitorang gelak2....

Tetiba.

Ada benda bergolek kat tepi aku. Lepas aku cam benda tu adalah sebijik helmet siap dengan stiker jaki jipang ngan tricolor daun ganja[1], aku pusing belakang dan nampak ade sekumpulan mat rempit dah start kejar.

aku start lari dulu.

The others started to run as well. The problem was we didn't know where to go. So berlari la 4 ekor budak koleq merentasi malam yang sunyi di Ipoh. Aku stop bila sampai depan Excelsior[2]. Semua dah muka cuak. Lepak2 kat situ kejap tunggu line clear.

Lepas tu kitorang jalan2 pegi Syuen. The real one, not the one we go to watch movies.

Bila semua dah penat, kitorang tertido. Aku tak ingat bila aku tido. Aku tau aku terjaga pagi, sejuk gile. Aku tengok ada makcik2 dan pakcik2 cina sedang buat tai chi.

Sempat jalan2 kat Ipoh lagi sebelum pulang petang tu.[3]

[1] exaggerated to show the inclination of the mob towards the rempit movement. Mungkin juga sticker Akai atau Aku hidup dalam blues.

[2] during a recent visit to Ipoh, I drove between the two points where we ran for our lives. I dont think I would walk that far now, let alone run.

[3] though the favorite punchline from the story above was "Peah lari lagi laju dari Bothaq ngan Baber!" It isn't really true as I had a headstart and I could never out run the them who were an excellent outside centre and also the captain of the koleq football team[3.1] in our glory days.
[3.1] ke kita ada kapten bola lain?

19.11.09

Makcik.



blog buih

Ada seorang makcik tua berketurunan India yang selalu ada di tempat aku buang masa minum teh di waktu petang. Dia akan berjalan dari satu meja ke satu meja. Dia tempang.

Petang itu, dia singgah ke meja kami.

"Sir, please help me sir, I'm going for an operation and I need some money sir. Can you please donate RM10." Kata dia dengan muka penuh kesian.

Aku buat tak tau. Aku angkat tangan tanda tidak mahu tahu.

"Please sir..help me..." Rayu makcik itu lagi.

"I'm sorry.." kata Amad.

"Why, you can drink here and have a good time, you can tell me you dont have RM10 to give aa?" Makcik tu tetiba bikin aku panas.

Aku stare makcik tu macam nak up sekali. Kalau aku bagi sebijik memang bersepah kat situ gak.

Makcik tu pergi ke meja sebelah, macam biasa ayat sama diulangnya. Abang2 kat meja tu pun bukan muka standard kat situ. Ada seorang termakan umpan, di bawa keluar dompet lalu hulur sekeping kertas biru.

"Why only 1 ringgit you cannot give 10 aa? I'm going for an operation and not enough la sir" Makcik tu sound abang tu sekali. Abang2 tu terpinga2 sebab kena sound dengan makcik india yang tempang.

"Jangan layan dia!" Amad jerit.

Makcik itu yang sedar table kitorang dah masuk campur, dengan cepat belah.

* Makcik tu dah beberapa kali aku jumpa kat situ. Tiap2 kali datang kata nak operat kaki lusa. Dah berapa kali lusa entah. Kaki dia sama je. Takkan tiap2 bulan operate kaki pulak?

Jika anda ke Muar.

"Lepas ni nak pegi mana?" Arep tanya Yew U.

Masuk dalam kereta. Yew U pandu laju. Aku leka layan Garmin.

"Korang carik Muar Bazaar sebelah tu ada kedai Wah San. Makan mee bandung kat situ" Pesan Zamir melalui telefon.

Yew U terus memandu laju. Hujan renyai2 di pekan Muar.

Sampai di depan kedai Wah San, aku nampak brader2 rider lepak depan kedai. Terasa macam scene nak masuk bar di pekan asing. Semua orang pandang kat pintu. Aku menyelit2 dengan membawa kamera.

"Kalau nak amik gambar pun, mee tu antar sini dulu" Seloka salah sorang Rider. Aku yang cuba2 mencari angle nak amik gambar masuk blog pun terus membatalkan hasrat.

Ni rupa mee bandung Muar. Rasanya sedap sekali. Cukup pedas dan lemak. Ada telur sebijik dan banyak udang2.

Nasib baik dah kenyang makan kat kenduri kawen si Razak. Kalau tak aku dah mintak lagi satu pinggan.

"Makcik, bagi burung satu!" Minta Yew U penuh keyakinan.

Burung puyuh goreng pun diletakkan di atas meja. Garing dan amat sedap diratah. Aku, Yew U dan Arep senyap tak bercerita panjang.
"Ooo padanlah sedaap...Dia masak pakai minyak hidraulik!" Yew u berseloroh menandakan perut sudah kenyang.

Aku risau duduk dekat Yew U dan minyak2 mudah terbakar.

"Haa amik gambar mee bandung ni..." Pakcik ni suruh aku amik gambar. Belakang aku abang2 bikers.

Aku jadi takut. Out of focus pakcik ni jadinye.

Dalam perjalanan pulang, kami nampak abang2 bikers sudah duduk di atas motor bersedia untuk sambung perjalanan.

Kelab skuter je rupenye.
blog buih

18.11.09

Terima kasih datuk.

Himpunan koleksi karangan Terima kasih datuk yang aku ambil dari Facebook.
Pandai budak2 ni menulis. Cerah masa depan arena blog negara.





blog buih

17.11.09

Muar

-Acara menyuap bini.
blog buih

Hari Sabtu pagi, aku bangun awal dan bersiap2. Aku pakai baju cantik warna biru belang2 kuning. Beli RM30 dekat FOS dalam sebulan lepas. Sembur minyak wangi Lacoste yang mama baru bawak balik dari Dubai. Harum semerbak.Rambut aku sikat rapi. Semuanya aku sikat kebelakang. Tarik jambul sehelai dua. Jam baru pukul 8:15, kawan2 nak datang jemput pukul 8:30

Pukul 10.30

Diorang baru sampai depan gate. Aku dah tertido2 tunggu kat depan TV.

Hampeh tul timing.

16.11.09

modem fry.

-baju ala kill bill.
blog buih

"Modem fry" pesanan sms yang amat ringkas.

Aku ingatkan dah jadi char kuey teow modem tuh. Rupanya kena panah petir.

Aku jadi buta dan tuli. Terputus hubungan dengan dunia luar. Aku jadi orang Paleolitik di dalam bilik.

Aku terus baring dan tidur dibalut selimut sutera merah.

13.11.09

Kisah memancing di dalam gelap.

-Satu hari nanti, semua pemancing2 tu akan beli rumah kat sini.

blog buih

Aku bukan kaki pancing. Tapi aku ikut je kawan2 aku atas pengaruh rakan sebaya, pegi memancing. Aku rasa semua kawan2 aku tu pun bukan kaki memancing.

Sebab ada 5 pemancing (I think) dan ade satu joran.

Aku tak ingat guilty parties yang lain. Tapi yang confirm ada D115. Maka kami pun setelah dah setting joran, start pasang ubat nyamuk cap dunhill atau marlboro. Tepuk dada tanya selera.

Tak jauh di sebelah kanan, Ada busut. Dalam jarak 10m. Dalam samar malam, kelihatan seorang manusia berbadan besar panjat busut tersebut. Dia tebar jala.

Keji. Orang pakai pancing. Dia pakai jala.

Mamat atas busut tu asyik usha je kitorang. Gelap, memang tak nampak. Salah seorang dari kami mula perasan.

"Wei aku rasa tu Bombay aa"

Semua orang tengok dalam cover-cover. Sumber pencahayaan hanya bulan. Pencahayaan agung kat dorm kot *wink*

Semua orang senyap. tak tau nak buat ape. Benda pertama buat, padam rokok. Tapi Bombay still tak datang. Walaupun dia masih berdiri atas busut sambil pandang dengan penuh effort, sampai senget2 badan dia.

"Aku rasa dia tak cam kita, baik kita belah" Salah seorang bagi cadangan bernas.

Lalu semua bangun belah.

"Woi! budak Kolej !" dia jerit.

Semua start lari bersepah. Semua selamat sampai ke pengkalan.

*******

Esok di sekolah. 4 budak kena panggil. Aku tak kena. Dia dapat cam 4 budak F4 dengan Shkib (student F5).

I like!.

12.11.09

Lapan

- Tunangan sapa yang comel ni?
blog buih

Pagi tu aku bangun. Jam menunjukkan pukul 4.35 pagi. Awalnya, fikir aku, tapi matahari dah mula memancarkan cahaya di segenap pelusuk kamar yang sejuk ini. Aku tarik selimut sutera warna merah memeluk tubuh. Katil ini terlalu luas. Mungkin sudah tiba masa mencari penghuni di ruangan kosong di sebelah. Buat masa ini, keempat bantal di atas katil bersaiz pemaisuri milik aku.

Aku nak buat iklan cari penghuni ruangan kosong di atas katil dan tampal di semua bas stand, seben eleben.

Aku bergegas mandi. Jam menunjukkan pukul 8. Aku turun makan roti pratha. Mama beli dekat Carefour. Ramai orang tak tau Carefour bermaksud persimpangan jalan dalam bahasa perancis. Aku tahu. Dulu di sekolah aku belajar Bahasa Perancis. Kadang2 aku cuba nyanyi lagu Perancis yang aku pernah belajar dulu.

Paling susah sekali nak bercakap dengan amoi Jepun yang hanya tahu cakap Perancis dan Jepun yang sesat di kota Paris. Aku bukan abang Mat Perancis.

Roti Pratha dah habis. Aku masuk dalam kereta. Pandu laju di NKVE. Aku potong semua kereta lain. Tapi aku tak gunakan lorong keselamatan. Aku benci orang bawak kereta di dalam lorong keselamatan.

Aku bawak Myvi.

Sampai di pejabat. Jam masih pukul lapan.

"Laju nye aku bawak"

Semua orang bergegas keluar pejabat. Berpusu2 pergi ke restoran bawah untuk membungkus nasik. Ada lauk rendang kerang, ada terung berlada, ada masak lemak telur itik. Tepuk dada tanya selera. Aku tak tepuk kerana takut sakit.

Aku tak turun makan sebab jam masih pukul 8. Sebaliknya aku pergi bersiar2 di Jalan Sentul. Banyak orang India.

Masa untuk balik rumah. Aku dah balik awal. Jam masih pukul 8. Aku sudah mula rimas dengan jam yang tak tau waktu lain. Pukul 8 je dia tau.

Macam jam cacat.

Mungkin jam ni cacat.

Aku beli jam baru.

11.11.09

Dua tangan, muka putih.


blog buih

comel tak?

10.11.09

Pantas.

-bergaya dan anggun
blog buih

Sudah beberapa minggu aku pening memikirkan kenapa blog buih sudah menjadi lembab. Takkan kerana dijamah usia kot. Bukan tua sangat pun.

Jadi berbekalkan semangat IT yang datang setiap kali dah tak tau nak buat ape duk depan komputer pada hari hujan, aku pun terus mengodam blog yang tak seberapa ini. Kalau tak hujan tadi, mesti blog ni terus jadi lembab dan sembab. Niat di hati nak main takraw.

Aku ikut arahan yang aku google. Entah dari blog mana. Dari cara dia cakap orang putih, macam orang Indonesia. Langkah pertama berjaya. Langkat kedua nampak kemas. Blog sudah bertukar wajah. Cantik. Nak upload gambar pun cepat. Langkah ketiga...

Dia suruh backup widget di blog sebelum melakukan langkah pertama.

So sekarang blog buih takde blog roll. Ye, blog anda semua yang aku baca tatkala mengular. Jadi tolong, tolonglah letak address blog anda di ruangan comment supaya boleh aku buat Blog Roll baru.

Please. Letak address blog anda. Aku baca semua blog yang update. Unless anda kelakar macam Pipi atau cun macam Hanis, sila letak alamat anda kerana aku tak hapal semuanya.

[notis] Kepada kesemua 33 orang follower saya, terima kasih kerana menjadi follower setia. Walaubagaimanapun ruangan itu telah hilang dan saya tak bercadang nak buat balik.

9.11.09

Shaving blade.

-FIL.
blog buih

Tengahari Sabtu aku pergi wedding dekat Taman Kosas. Kawan aku kat Bukit Indah tertido dan tak reply sms. Nasib baik aku macam Garmin versi manusia. Jadi aku tidak sesat.

Pulang dari Ampang, jumpa kawan2 di Solaris. Ada Abang Ular, Abang Udjinn dan Abang Sticky. Gelak2 dalam 10 minit. Diorang nak pegi Bentley. Aku kena amik adik aku.

30 minit selepas bergerak dari Mont Kiara aku sampai ke Bukit Jelutong. Sangat susah nak masuk kat dalam kawasan rumah itu. Ia dikawal ketat.

Petang tu kami sekeluarga pergi Subang Parade. Makan aiskrim rendah lemak. Tiba2 adik aku bagi cadangan.

"Kita tengok wayang nak?" Kata adik aku.

"Cerita apa?" jawab mama.

"Pisau cukur..macam best je..ada Fazura ngan Maya Karin" Jawab dia penuh semangat.

Maka aku pun pergi layan Rodek berjoget2 ballroom dancing dengan Maya Karin. Tertekan mental aku sekejap.

5.11.09

Curi.

-tahniah. Cepat2 la kawen.
blog buih

Pulang dari Bukit Kenny. Ramai orang berkerumun di depan surau. Seorang budak India terlantar. Terbaring mengerang sakit. Seorang pemuda Cina, gaya macam pomen aircond, terus mengasak. Menyepak kaki. Kadang2 badan. Seorang pemuda Melayu, mengah di tepi. Tersandar di dinding.

"Dia curik duit kat opis kitorang tadi. Banyak dia ambik!" Kata pemuda mengadu.

Banyak pencuri dan penjenayah sekarang ni di sekitar Kuala Lumpur. Hati aku pun telah dicuri.

Hancur Berderai.

-kaca yang pecah bagaikan rasa hati ini.
blog buih

Tengahari tu aku makan kat Rose 911 dengan Dendang. Ye aku ada kawan nama Dendang. Tora takde. Dia belum datang lagi.

Selesai makan ikan goreng paling sedap dalam Kolumpo ni. Aku berjalan ke arah kereta. Kereta aku letak di jalan lorong belakang tepi Restoran.

"WEEIHH!!!"

"WEIHHHH!!!!!" Dendang menjerit2. Aku jadi bingung.

"Ape kena ko nih?" Aku tanya dengan penuh rasa ingin tahu. Kadang2 Dendang suka buat lawak pelik2.

"Tingkap kereta ko!! Ko ada bawak laptop ke?" Dendang akhirnya dapat berkata2.

Aku berjalan kearahnya. Memang tingkap aku dah pecah. Tapi takde barang yang hilang. Barang yang cuba diambil itu hanya beg guitar. Beg guitar Rockstar.

*******

Esoknya aku telefon kawan aku. Tanya tempat yang sesuai untuk mengganti cermin baru. Hati gundah gulana. Percuma saja wang RM90 atau lebih kurang Rp270,000.00 melayang.

Sambil menanti stokis menghantar cermin pada Ah Seng untuk dibetulkan, Tokya, Amad dan aku, kami semua pergi berjalan2 mencari Wifi barang sedikit. Kami juga turut singgah di kedai golf.

Setelah siap kereta aku dan aku bayar anak Ah Seng yang comel tu RM90, aku pulang ke Subang Jaya. Aktiviti petang tu adalah ;driving range. Jadi berbekalkan semangat yang jitu aku pergi ke driving range untuk memukul bola. Tiba2 sebuah pesanan ringkas menerpa telepon bimbit aku.

"Malam ni aku nak makan ayam golek..datang la aku belanja."

Aku tersenyum gembira. Dalam hati ada taman bunga. Akhirnya dapat makan ayam golek. Terus terubat rasa sakit hati akibat cermin kereta yang pecah. Aku bergegas pulang untuk mandi.

2.11.09

Kolumpo.

-bergaya bersama camera orang lain.
blog buih

Kawan: Asal dalam ramai2 ko sorang je kerja Kolumpo?

Buih: Aku sorang? Ramai je orang kerja kat Kolumpo...

Kawan: ye lah.