5.11.09

Hancur Berderai.

-kaca yang pecah bagaikan rasa hati ini.
blog buih

Tengahari tu aku makan kat Rose 911 dengan Dendang. Ye aku ada kawan nama Dendang. Tora takde. Dia belum datang lagi.

Selesai makan ikan goreng paling sedap dalam Kolumpo ni. Aku berjalan ke arah kereta. Kereta aku letak di jalan lorong belakang tepi Restoran.

"WEEIHH!!!"

"WEIHHHH!!!!!" Dendang menjerit2. Aku jadi bingung.

"Ape kena ko nih?" Aku tanya dengan penuh rasa ingin tahu. Kadang2 Dendang suka buat lawak pelik2.

"Tingkap kereta ko!! Ko ada bawak laptop ke?" Dendang akhirnya dapat berkata2.

Aku berjalan kearahnya. Memang tingkap aku dah pecah. Tapi takde barang yang hilang. Barang yang cuba diambil itu hanya beg guitar. Beg guitar Rockstar.

*******

Esoknya aku telefon kawan aku. Tanya tempat yang sesuai untuk mengganti cermin baru. Hati gundah gulana. Percuma saja wang RM90 atau lebih kurang Rp270,000.00 melayang.

Sambil menanti stokis menghantar cermin pada Ah Seng untuk dibetulkan, Tokya, Amad dan aku, kami semua pergi berjalan2 mencari Wifi barang sedikit. Kami juga turut singgah di kedai golf.

Setelah siap kereta aku dan aku bayar anak Ah Seng yang comel tu RM90, aku pulang ke Subang Jaya. Aktiviti petang tu adalah ;driving range. Jadi berbekalkan semangat yang jitu aku pergi ke driving range untuk memukul bola. Tiba2 sebuah pesanan ringkas menerpa telepon bimbit aku.

"Malam ni aku nak makan ayam golek..datang la aku belanja."

Aku tersenyum gembira. Dalam hati ada taman bunga. Akhirnya dapat makan ayam golek. Terus terubat rasa sakit hati akibat cermin kereta yang pecah. Aku bergegas pulang untuk mandi.

2 comments:

  1. aku rasa, ayam golek yang kau makan malam tu ialah ayam golek paling sedap kau pernah rasa kan. hehehehe.

    sorry ye pasal bag guitar.

    one day bila guitar dh terjual, sila dtg rumah utk kasik duit. WAJIB.

    ReplyDelete
  2. sedap tu memang sedap. Tapi makan tak leh rakus. Kena makan perlahan2...nanti orang tengok rakus jadi takut.

    ReplyDelete