blog buihAda seorang makcik tua berketurunan India yang selalu ada di tempat aku buang masa minum teh di waktu petang. Dia akan berjalan dari satu meja ke satu meja. Dia tempang.
Petang itu, dia singgah ke meja kami.
"Sir, please help me sir, I'm going for an operation and I need some money sir. Can you please donate RM10." Kata dia dengan muka penuh kesian.
Aku buat tak tau. Aku angkat tangan tanda tidak mahu tahu.
"Please sir..help me..." Rayu makcik itu lagi.
"I'm sorry.." kata Amad.
"Why, you can drink here and have a good time, you can tell me you dont have RM10 to give aa?" Makcik tu tetiba bikin aku panas.
Aku stare makcik tu macam nak up sekali. Kalau aku bagi sebijik memang bersepah kat situ gak.
Makcik tu pergi ke meja sebelah, macam biasa ayat sama diulangnya. Abang2 kat meja tu pun bukan muka standard kat situ. Ada seorang termakan umpan, di bawa keluar dompet lalu hulur sekeping kertas biru.
"Why only 1 ringgit you cannot give 10 aa? I'm going for an operation and not enough la sir" Makcik tu sound abang tu sekali. Abang2 tu terpinga2 sebab kena sound dengan makcik india yang tempang.
"Jangan layan dia!" Amad jerit.
Makcik itu yang sedar table kitorang dah masuk campur, dengan cepat belah.
* Makcik tu dah beberapa kali aku jumpa kat situ. Tiap2 kali datang kata nak operat kaki lusa. Dah berapa kali lusa entah. Kaki dia sama je. Takkan tiap2 bulan operate kaki pulak?
hahaha.. siot je letak gambar aku..
ReplyDeletetu sekadar gambar hiasan...takde kena mengena ngan makcik tuh...
ReplyDelete