20.11.09

Generasi X dan Y

-Twin Reverb.Nice.
blog buih

Blog Sopi telah mengutarakan topik ini. Aku baca dan tergelak sendiri. Aku antara juri-juri tak profesional petang itu yang sedang menghakimi gaya gadis2 muda.

Ini pula cerita dari perspektif aku.

"uish keciknya kaki budak ni.. Lengan aku lebih besar daripada betis si dia. " bisikku pada teman gosip sambil menjegilkan biji mata..

"Takper pi , diorang tuh budak budak lagi .. lain la ...kita nih dah kahwin...dulu masa muda kita kurus macam tu gak " balasnya untuk menyedapkan hati sendiri. Tangan kanan terus menyuap nasi lemak ayam ke dalam mulut. -Blog Sopi


Memang betul. Kaki budak tu kecik. Kecik dan halus macam lidi. Dipadankan dengan jeans skinny yang sangat sempit, memang nampak macam chopstick.

"Dulu kitorang pun macam ni ke?" tanya ibu mengandung di depan aku. Aku pandang dia. Masa tanya pun tak pandang aku. Dia tengah sibuk carik sudut paling sesuai nak kopek ayam. Maklumlah, bahagian 'thigh' ayam goreng. Nasi digaul dengan sambal, ayam yang sudah diracik di letakkan di atas sudu bersama yang lain. Lalu disumbat kedalam mulut.

"Ye la..cuba tengok gambar lama2 yang diorang upload kat Facebook..besar ni je la dulu" Kata Isteri juruterbang yang duduk disebelah aku.

"Mana ade...korang takde ah kurus macam ni dulu." Aku jawab penuh naif. Susunan ayat aku tidak sensitif kepada perasaan kawan2 aku.

"Dulu2 mana ade pakai skinny jeans...So tak payah la nak kurus2 sangat." Sambung aku untuk meng'cover' ayat pertama. Namun, aku sedar ayat cover aku lemah.

"Tapi apasal baju ko macam jubah lepas mandi?" nasib baik penjerung mencelah dengan baik. Semua mata tertumpu pada mak buyung yang pakai cardigan macam bath robe.

Tiba2 kumpulan gadis berkaki chopstick bangun.

"Tengok tu, bontot pun comel je.." Kata Puan Sopi.

Aku pun terpaksa akur pandang. Memang comel. Lepas tu aku dah tak boleh fokus. Tak lama selepas itu, aku pun pulang. Isteri juruterbang dan Ibu sarat mengandung duduk di kedai kopi sampai pukul 10.30 malam.

Kesimpulannya, kalau dah tua tu dah la..kita duduk je minum kopi...

p/s: So next week rojak buah, on?

5 comments:

  1. hahahha siot jer... yer aku paham ko tak sinis. Yang penting ibu mengandung lepas mandi terus minum kopi dikedai dengan bathrobe nyer..

    ReplyDelete
  2. sasha lepak ngan aku sampai 1000 pm.sopi yg balik dulu.bukan gossip.Curhat!hahahahah

    ReplyDelete
  3. makcik pakai jubah mandi tu dah tak baca blog ah sekarang...

    ReplyDelete
  4. yelah..pasni aku dah tak pakai bathrobe!

    japgi rojak buah kau belanja..pujuk aku!:P

    ReplyDelete
  5. aku baca la blog kau..tapi kadang2 kau update hebat sangat maka aku tertinggal post2 yang penting aku respon seperti ini..:P

    ReplyDelete