6.11.08

Don't call him jambu.

KUALA LUMPUR: Anak lelaki bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan dua rakannya dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh Dr T Ariaratnam di kliniknya di Bangsar, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamed Apandi Ali memerintahkan anak bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Idris Abdul Rauf, Nor Adzlan Idris, 25, yang juga pelajar kolej dan dua penganggur, Lee Jun Ho, 26, serta Choy Chin Chuan, 24, dibebaskan daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Mereka dituduh bersama dua lagi yang masih bebas membunuh Dr Ariaratnam, 66, di Pusat Perubatan Arinaga, Lorong Maarof, Bangsar Park, antara jam 3.30 hingga 4 pagi, 21 April 2003.

Mohamed Apandi dalam keputusannya pada akhir kes pendakwaan, berkata ada lompang dalam kes pendakwa dan menjadi undang-undang yang pasti tidak wajar memanggil tertuduh membela diri semata-mata dengan niat ingin mengetahui kelompangan yang ada.

Beliau berkata, pegawai penyiasat kes juga gagal untuk mengemukakan dua saksi penting iaitu kakitangan di klinik itu, S Vellaichamy dan C Vasudevan, kedua-duanya warga India yang menyaksikan kejadian pada hari berkenaan.

Katanya, ada tiga keadaan membolehkan rakaman percakapan saksi diterima mahkamah sebagai keterangan iaitu jika saksi sudah mati, tidak dapat dikesan atau tidak boleh dipanggil kerana memerlukan kos tinggi.

“Dalam kes ini, walaupun rakaman percakapan Vellaichamy dan Vasudevan dibuat pada 2003, tindakan mengesan mereka dibuat pada 2007 dan 2008,” katanya.

Katanya, hanya empat saksi dapat memberikan gambaran terhadap cerita pendakwaan, tetapi keterangan mereka masih tidak jelas.

Nor Adzlan diwakili peguam bela, Naran Singh dan K A Ramu, Lee diwakili Gooi Soon Seng, manakala Choy oleh KY Leong. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Lee, bagaimanapun dihantar ke Penjara Sungai Buloh sementara menunggu keputusan kes lain dihadapinya, yang mana dia bersama lima yang lain dituduh mengadakan perhimpunan haram hingga menyebabkan kematian seorang penghuni di penjara Sungai Buloh pada 2006.
blog buih

Hope you set things back on track bro.
Jangan nakal2 lagi la King.

3 comments:

  1. alo bro. was it u i saw dekat yut loy tadi? (9/11)

    ReplyDelete
  2. tak tegor sbb tak berapa sure. balik umah tgk gamba baru sure. salah tegur segan je. i was there at 230pm kot. datang 2 hours earlier pau tak masak lagi. datang time u guys were there dah habis dah. hampa betul.

    ReplyDelete