26.11.08

Enak bukan?

Hari ini aku dikejutkan dengan sebuah poem:-

Hati ini sakit bagai dicubit-cubit menahan rasa rindu yang perit. Hati ini gersang haus kontang kerana kau tidak lagi mahu menoleh ke belakang. Hati ini birat bagai disiat-siat mengenang nasib kita yang takkan pernah dapat diikat. Hati ini menangis pedih terhiris oleh kata-katamu yang tajam sinis. Tapi Percayalah, aku faham dengan rasa marah dendam dalam jiwa mu yang membungkam Dan kerna itu, aku memilih untuk diam Biar aku menahan sendiri rasa hiba yang silih berganti dengan wajahmu yang kini hanya muncul dalam mimpi Maafkan aku sayang Jika aku telah memadam cahaya cinta mu yang terang Jika aku telah menghapus harapan mu yang kau panjatkan dalam doa kudus Jika aku tidak lagi mampu untuk berdiri di sampingmu, menjadi perisai sekuat tugu.Maafkan aku. Aku cuma ingin kau tahu yang dirimu itu adalah belahan jiwaku.
blog buih

pening kepala jap..adeh...

3 comments: