25.2.10

Dung Dung Che.


-terlepas...
blog buih

Duduk kat dalam opis pun tak senang.

Kat luar ada naga.

Naga menari-nari riang mengikut paluan gendang "Dung Dung Che! Dung Dung Che!"

Selamat tahun baru Cina.

24.2.10

Skala kepanasan pasangan kekasih.


- Aku yang baling dart tu, aku jugak yang amik gambar.
blog buih

Kat muka surat depan akhbar ada cerita pasal budak 15 tahun dilarikan ke Lombok. Dipaksa berkahwin dan sekarang sudah pulang ke pangkuan keluarga bersama bonus 5 bulan.

Bukan senang nak larikan anak orang. Lagi susah nak paksa kahwin. Aku rasa ada perkara yang tak tepat dalam laporan itu. Bonus tu pun bukan imbuhan kewangan. Itu laporan tak tepat dari aku.

Tahniah la Bella. Aku tak tau pun ko belakon cerita apa.

Aku ucapkan tahniah kerana pada usia 15 tahun ko dah berjaya sampai ke Lombok. Masa aku 15 tahun aku berjaya sampai ke Lombong saja. Paling kuat pun lari pegi Ipoh, main Daytona kat Yik Foong.

Sampai usia sekarang ni aku tak sampai2 lagi Lombok. Paling dekat pun sampai Bali saja.

*******

Masa sedang sibuk bekerja, aku diganggu oleh sesuatu. Gangguan ini agak biasa berlaku dan tidak tergolong dalam gangguan paranormal.

" Ko dengar teori aku." Aku cakap pada lembaga itu.

"I have no other choice..." Dia berkata padahal dia yang kacau aku dulu. Lagipun aku tau dia suka layan teori2 aku.

"Dalam relationship mana pun, siapa yang ikut cakap siapa akan bergantung pada scale of hotness (skala kepanasan)." Aku mula bebicara.

Skala kepanasan ini akan mempengaruhi faktor membuat keputusan, pertimbangan dan sebagainya. Siapa yang kurang hot akan terpaksa mengikut sahaja. Lebih buruk lagi jika sebenarnya persepsi tahap hot anda terhadap pasangan anda mengaburi realiti yang sebenarnya dia tidaklah hot mana.

Jadi, untuk mengatasinya, sila tingkatkan daya hotness anda.

Atau sila lari ke Lombok.

23.2.10

Ping Pong : Sukan atau Lawak Jenaka?


Kalau nampak gaya macam ni, menyerah kalah je lah.
blog buih

Semalam aku bermain sukan ping pong.

Salah.

Semalam kami semua buat lawak ping pong.

Ping Pong adalah satu sukan bila ia di taraf antarabangsa dan dimainkan oleh orang2 yang serious gile. Kalau setakat dimainkan oleh 4 orang pemuda yang berpakaian santai, tambahan pula menggunakan bat ping pong yang dibeli di Carefour 30 minit sebelum pertandingan, ia lebih dikenali sebagai hiburan atau lawak jenaka.

Apa pendapat anda?

22.2.10

Tua Tua Kelabing.


Lilin2 wangi dalam bilik aku.
blog buih

Dekat Bali hari tu, aku sneak out dengan adik2 aku pegi clubbing. Clubbing kat 61 Legian. Betul2 dekat ngan tempat kena bom dulu. International guest patutnya free entry. Tapi diorang tak percaya kitorang dari Malaysia. Sampai la aku tunjuk Paspot aku. Lepas puas meyakinkan diorang yang kami bertiga ni semua orang Malaysia, kitorang masuk dalam club. Buat pertama kali, aku pegi clubbing dengan adik-adik aku.

Mula2 kitorang masuk, masih kosong. Di Bali, mereka start party lambat. Dalam pukul 12.30, mula la ramai orang kat dalam. Kebanyakkannya Mat Salleh. Semua orang party pakai seluar pendek ngan singlet je. Bir Bintang dijual pada harga Rp5000. Murah gile.

Bila dah start keluar lagu2 best, orang pun dah ramai, adik2 aku masuk dance floor. Aku pun ikut sekali. Layan joget2 sambil usha mat saleh. Bila dah bosan kat tingat house, kitorang naik ke tingkat RnB. Semakin malam, club itu menjadi semakin menarik. Setelah terkinja2 dalam 2 jam, kami buat keputusan untuk pulang. Tak boleh balik lambat sangat. Nanti kantoi ngan mama.

Dalam perjalanan pulang, kami berborak. Agak jauh jugak menapak. Dalam 15 minit.

"Best gile clubbing kat Bali."Kata adik aku.

"Tu la..rasa macam kat Clubbing kat Bristol"Jawab adik aku yang dulu belajar kat UK.

"Nasib baik kita lepas masuk, ada ke patut ingatkan kita orang Indon" Aku buat lawak sebelum semua tergelak mengenangkan peristiwa kena tahan bouncer tadi.

"Tapi balong pandai joget ah.." kata adik aku.

"Joget macam mana?" aku confuse sebab tak pernah ada orang compliment cara joget aku.

"Dance macam old skool gila." sambungnya selamba sambil goyang2 kan tangan.

Itu je cara aku tau joget, kalau dah kena label old skool, memang tak nak pegi lagi ah!

21.2.10

The Big Bang Rip Off.


blog buih

Thank god for Chuck Lorre's use of vanity cards at the end of each episode of The Big Bang Theory (TBBT).

Now, i've been following TBBT since its first episode and I must tell you that it has grown to what is now a very solid comedy that I look forward to see every week.

Then, there's the Belarusian rip off.

Here is what Chuck wrote on the vanity card.

“…Belarus does have a bustling TV production industry. One of their most recent hits is a sitcom about four nerdy scientists who live next door to a beautiful blonde waitress. The characters are named Sheldon, Leo, Hovard, Raj and Natasha, and the show is entitled, The Theorists. Each episode begins with a rapid-fire montage of images which takes us from the dawn of time to the present moment. Keeping with that theme, the montage is scored with what is probably the worst piece of recorded pop music since the dawn of time. And finally, each episode appears to be a Russian translation of a Big Bang Theory episode.”

19.2.10

Uluwatu.


Rice terraces of Tegalalang.
blog buih

Uluwatu, if you have never been to the its geographical location, might be closely associated to a boutique bearing the same name which sells Balinese lace.

In reality it's a place located at the southern most tip of Bali. No, it does not have any shop selling Balinese lace there.

However, there is a temple there and this entry is about my experience at the temple.

The temple is known for, besides its majestic scenery over seeing the Ocean from a high cliff, the abundance of primates /monkeys in its compound.

Let it be known time and again, I'm not fond of animals. i don't hate them but I don't like them.

Luckily for me, my sister likes animal a lot. She was pretty excited to see the monkeys lined up en route down to the temple. We were warned earlier to remove all shiny objects like sunglasses and cameras as they have the tendency to take them in exchange for food.

The walk down was worth it as we reach the temple walls as we can enjoy a great view of the sea.

We pulled out the camera for a quick picture before keeping it in the bag again on the way out of the temple.

Waktu radio.


dalam kesengalan malam.
blog buih

Ada satu jenis Melayu dalam dunia ni. Jenis yang pelik dan tak berapa aku suka. Selalu boleh didapati di kawasan2 opis. Biasanya berjantina betina.

Biasanya kita dapat mengesan kehadiran mahkluk2 ini dengan bau perfume yang macam bau asam boi. Ia juga selesa berbahasa dalam bentuk "I & You" walaupun sekali berborak anda akan tahu yang itu sahaja tahap penggunaan bahasa Inggerisnya.

Lebih poyo lagi, dia akan melakukan kerja lebih dari skop pekerjaannya.

Contohnya macam akan intercom orang ramai pada pukul 9 untuk "check" sama ada dia ada di meja.

Atau membuat aduan tentang kerosakan barang2 yang tak penting. Seperti ;

"Tolong tengokkan sikit jam punch card tu, akak tengok dah 5 minit lambat. Tak ikut jam radio"

Mungkin itu kesan sampingan pakai minyak wangi bau Asam Boi atau ekoran terasa Otai kat opis tapi aku tak pakai la punch card, pedulik ape aku ikut jam radio ke tak...

18.2.10

Macam mana nak ajak pegi minum?


tupoinet beb...tupoinet.
blog buih

"So? macam mana hari kedua ko takde phone? Ke ko dah ade phone?" Seorang perempuan gemuk bertanya aku.

Perempuan gemuk itu memang banyak soalan2 pelik yang aku sendiri tak terpikir.

"Best je. Macam biasa" Aku jawab tenang.

"Abih tu macam mana bebudak ajak ko JMP*?" Tanya dia lagi penuh semangat inquisitive.

*******

Satu2 nya benda yang aku rindu pasal takde handphone adalah aku tak tau nombor2 orang lain. Itu sahaja. Aku tak dapat banyak phone call sebelum ni dan aku tak buat banyak panggilan ke orang lain. Jadi transition aku kepada dunia phoneless adalah lebih mudah.

*******

"I tunggu u kat tepi eskalator. Pakai baju putih dan bawak bunga ros"

"Ok"

Macam biasa, usha dulu. Kalau tak cun, boleh balik rumah.

Life is so much easier without a handphone.

JMP is JOM MINUM PETANG.

Jared Leto.


Ni bukan Jared Leto.
blog buih

Aku suka Melayu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Contohnya:

"Mamat yang Jadi Dorian Gray dalam citer League of Extraornary Gentleman tu confirm Jared Leto."

"Bukan lah..bukan Jared Leto la tu." Jawab aku tenang.

"Confirm Jared Leto aku yakin. 30 seconds to Mars. Ni confirm punya."

Aku balik, bukak wikipedia. Memang sah2 bukan.

17.2.10

Perlukah Handphone?


Amik je buah mana ko nak.
blog buih

Hari ni, aku takde Handphone/Telefon Bimbit/Tepon/Henpon.

Bukan aku takde phone tu. Phone ada. Nombor yang tak ada.

Selama ni aku pakai supplementary line family package. Puas aku pakai tapi bill tak pernah bayar. Mama kata kalau bill dalam lingkungan RM50, dia cover. Kalau lebih, kena top up. Aku tak pernah kena top up.

Tapi budak2 sekarang kuat pakai telepon. Entah macam mana boleh cecah ratus2. So sebagai balasan di dunia, semalam family package kena terminate.

Jadilah aku seorang manusia tak bernombor telefon.

Buat masa ni, aku nak test hidup tanpa telefon. Kata orang, aku macam orang asli kalau hidup tak pakai telepon bimbit.

Tipu la. Orang asli pun ada telepon.

Hari Imlek dan Hari Valentine di Bali.


monumen memperingati mangsa terkorban di Kelab Sari, Legian.
blog buih

Kalau nak dikira dari skala galak menyambut ketibaan hari raya cina dan hari valentine, tahun ni aku paling galak sampai sanggup pegi Bali ngan satu family.

Kat Bali tak kecoh sangat pada hari raya Cina. Kat sana tak banyak Cina macam kat Malaysia.

Hari Valentine pun takde la meriah sangat. Sebab diorang hari2 pun Valentine.

Panas je melampau.

202 orang mati brader, bukan sikit.

10.2.10

Ini Pistol Ke Encik?


EMBED-Stupid cop makes a very stupid mistake - Watch more free videos
blog buih

Muahahahahaha....

Vertical Limit.


gaya gagah hero melayu.
blog buih

"Wakakakaka..." Hampir saja aku terjatuh kerusi. Terjelepok kusam di atas lantai karpet masam di dalam kamar aku di opis.

Pelik? Kenapa hati aku bagai digeletek?

*******

Kawan aku nak panjat gunung. Gunung yang bukan calang2. Yang tertinggi di South East Asia. Gunung Kinabalu. Lambang kemegahan negeri dbawah bayu.

Bukan kali pertama pendakian ini dilakukan manusia. Ramai yang pernah naik sebelumnya. Tapi kali ini agak istimewa. Persiapan yang diakan amat rapi. Jumlah barang2 yang dibeli mencecah ribuan ringgit. Siap beli Glow Stick. Kasut berjenama RM200. Jaket kalis air dan tahan sejuk jenama Eropah RM600.

*******

Akhirnya kawan aku selamat sampai ke Semenanjung. Puncak Kinabalu sudah berjaya ditawan. Berbekalkan peralatan yang eksklusif, tentu sekali membantu pendakian yang amat mencabar itu.

*******

"Ko tau tak ape jadi kat mamat tu?" Tanye kawan aku pada aku melalui MSN.

"Tak la..dia dah sampai kan?" Jawab aku mengharapkan tiada ape2 musibat melanda.

"Dia tertinggal Jaket 600 dia tu!" Kata kawanku.

*******

Aku hampir jatuh kerusi sekali lagi ketika menaip cerita ini.

9.2.10

Punch line.


Look at that sexy mama.
blog buih

Sekarang ni memang tersohor balik cerita Saiful and Anwar. Mula la ramai orang cakap pasal kata laluan Mokhtar.

Yang pakai spender Levi's pun turut simpan takut2 kantoi dengan kawan2.

Aku amik tau juga sikit2. Jangan nanti nak borak2 ngan kawan2 pun macam tak tau cerita. Kalau nak ikutkan best, best lagi main Fender Jazz Bass MIA kat atas tu.

Tapi aku confuse. Ada satu aja persoalan aku.

Kalau tak rela, kenapa takde berlaku gaduh2 ke? At least pun mesti ah ade tolak2 ke. Orang muda takkan takleh kalahkan orang tua tu kot?

Look out!


Pandang ke atas.
blog buih

"PPppiiiinnnnnnnNNNN"

Motor tu mencelah depan kereta aku. Pembonceng pandan ke belakang. Angkat2 kepala tanda marah.

Aku buat tak tau. Aku dah signal. Dia hon untuk aku berhenti kerana dia hendak lalu.

"Petang2 dalam KL beb, ko laju2 pun nak pegi mana?" Bisik hati aku.

Motor tu berhenti kat depan aku. Dua2 pandang ke belakang. Si pembonceng siap turunkan aviator berkilat2 yang mungkin di beli kat Downtown Cheras minggu lepas.

Aku angkat tangan.

Dia angkat tangan balik. Kemudian sambung mencelah2 kereta lain. Hampir terlanggar side mirror.

*******

Dah jadi kebiasaan gaya memandu di Kuala Lumpur. Motor hon-hon, kereta harus berhenti untuk biarkan mereka mencelah.

Kalau terlanggar, siapa betul siapa salah kita ketepikan.

"Siapa yang jatuh beb?"

8.2.10

Flickriver buih

nadrulshaqman - View my recent photos on Flickriver
blog buih

My 365 project is still going strong. It is tiring but very satisfying.

Ko nak jadi sape?


blog buih

Cuba tengok video kat atas ni. Kesian pun ade. Perempuan ni sanggup buat pembedahan kosmetik untuk kelihata seperti Jessica Alba semata2 kerana ingin mendapatkan semula kekasih lamanya.

Sanggup ke? Aku tak sanggup.

Jangan kang siap2 tak jadi Jessica Alba tapi jadi Syed Hamid Alba.

Tapi kalau boleh jadi artis, ko nak jadi sape?

Jazz Bass kinda guy.


self portrait.
blog buih

There was a time when people said " Alaa..mamat yang pakai TRB1005 tu"

Now I guess they'll say "Alaa mamat yang pakai MIA Fender Jazz Bass tu..."

I rock.

5.2.10

Teori Buih.


Jangan minum air warna hijau kecuali ada tulis Tutti Fruity. Yang tu boleh minum banyak2.
blog buih

Hari ni menandakan genap 5 hari aku buat eksperimen.

Ye, aku suka buat eksperimen demi menghasilkan teori2 ilmiah buat bacaan.

Ada satu alat yang selalu dilupakan dalam kehidupan harian. Kebanyakan manusia lebih pentingkan benda2 lain dan selalu memandang remeh dengan aksesori penting di dalam bilik tidur ini.

Bantal.

Minggu lepas aku beli bantal. Dua biji 60 duit. Memang agak mahal. Tapi aku saja je nak test power tido dengan bantal baru. Yang aku pilih tu pun bukan yang paling mahal. Ade banyak lagi yang lebih mahal.

Tiap2 hari sekarang aku tidur atas bantal baru. Bila letak kepala rasa solid je. Buat bantal peluk pun sedap. Badan dia berisi, tebal dan gebu. Wangi pulak tuh.

Bantal lama tu aku buang. Sebab bila bukak sarung bantal, dia dah tak de rupa bantal lagi dah.

Berapa umur bantal korang?

4.2.10

Gambar tak sakit pun kena pegi doktor.


-budak2 nakal main beskal malam2, memang nak kena lempang ngan pak guard.
blog buih

Sekarang ni aku makin into photo manipulation. Pengaruh Agah Permadi dan Rarindra Prakarsa, dua sifu dari seberang memang kuat. Tapi bila aku dah baca2 sedikit sebanyak ilmu dari abang Google, aku rasa aku tak pandai lah nak buat gambar macam diorang. Suruh tengok je boleh la.

So, sesiapa yang lebih berbakat Photoshop boleh la cuba2 memanipulasi gambar2 yang anda tangkap. Ambil Kakak Rarindra sebagai contoh, pakai digicam je, gambar meletup2.

Ok, have fun tengok link kat bawah ni. Best.
Top 10 doctored photos of all time

3.2.10

The Misa Digital Touchscreen Guitar


The Misa Digital Touchscreen Guitar

blog buih


Kalau ade duit, memang aku beli benda alah ni. Lepas tu aku busking kat Uptown. Takleh carik makan brader suara serak tu.

2.2.10

Magick




blog buih

Sila la lihat ilusi optik dari orang Eropah. Selamba je dia kawtim satu kampung buat sekali.

Runner.

ni bukan kasut jogging.
blog buih

Budak tu suka berjogging. Stress yang menimbun akibat peperiksaan yang akan menjelang ditempiaskan di atas jalan tar di kawasan berbukit tempat kediamannya.

Petang itu, kehadiran seorang yang tak dikenali dirasai. Dia mengekori dari dalam kereta. Selang beberapa rumah lagi, dia akan sampai ke rumah. Tiba2 seorang lelaki keluar dari dalam kereta itu. Budak itu semakin takut. Dia mula berlari2 dengan secepat mungkin. Dibelakangnya, jelas terdengar bunyi tapak kaki mengejarnya.

"Tunggu..Tunggu" Suara itu memanggilnya. Dia berhenti.

"I have something to give you" sambung lelaki itu lagi.

"What ever you have behind your back, you can put it on the ground" Kata budak itu. Jelas sekali dia takut dengan orang asing itu.

Lelaki itu kemudian meletakkan sejambak bunga dia atas lantai.

*******

"Baru sekarang tau macam mana Jessica Alba rasa" kata budak itu ketika menceritakan peristiwa tersebut kepada aku dengan selamba. Pandai buat lawak pulak.