dalam kesengalan malam.blog buihAda satu jenis Melayu dalam dunia ni. Jenis yang pelik dan tak berapa aku suka. Selalu boleh didapati di kawasan2 opis. Biasanya berjantina betina.
Biasanya kita dapat mengesan kehadiran mahkluk2 ini dengan bau perfume yang macam bau asam boi. Ia juga selesa berbahasa dalam bentuk "I & You" walaupun sekali berborak anda akan tahu yang itu sahaja tahap penggunaan bahasa Inggerisnya.
Lebih poyo lagi, dia akan melakukan kerja lebih dari skop pekerjaannya.
Contohnya macam akan intercom orang ramai pada pukul 9 untuk "
check" sama ada dia ada di meja.
Atau membuat aduan tentang kerosakan barang2 yang tak penting. Seperti ;
"Tolong tengokkan sikit jam punch card tu, akak tengok dah 5 minit lambat. Tak ikut jam radio"Mungkin itu kesan sampingan pakai minyak wangi bau Asam Boi atau ekoran terasa Otai kat opis tapi aku tak pakai la punch card, pedulik ape aku ikut jam radio ke tak...
golongan macam ni memang ramai dowh.. dalam setiap ofis mesti ada sorang..
ReplyDeletekalau takde, tak lengkap la opis.
ReplyDelete