24.2.10

Skala kepanasan pasangan kekasih.


- Aku yang baling dart tu, aku jugak yang amik gambar.
blog buih

Kat muka surat depan akhbar ada cerita pasal budak 15 tahun dilarikan ke Lombok. Dipaksa berkahwin dan sekarang sudah pulang ke pangkuan keluarga bersama bonus 5 bulan.

Bukan senang nak larikan anak orang. Lagi susah nak paksa kahwin. Aku rasa ada perkara yang tak tepat dalam laporan itu. Bonus tu pun bukan imbuhan kewangan. Itu laporan tak tepat dari aku.

Tahniah la Bella. Aku tak tau pun ko belakon cerita apa.

Aku ucapkan tahniah kerana pada usia 15 tahun ko dah berjaya sampai ke Lombok. Masa aku 15 tahun aku berjaya sampai ke Lombong saja. Paling kuat pun lari pegi Ipoh, main Daytona kat Yik Foong.

Sampai usia sekarang ni aku tak sampai2 lagi Lombok. Paling dekat pun sampai Bali saja.

*******

Masa sedang sibuk bekerja, aku diganggu oleh sesuatu. Gangguan ini agak biasa berlaku dan tidak tergolong dalam gangguan paranormal.

" Ko dengar teori aku." Aku cakap pada lembaga itu.

"I have no other choice..." Dia berkata padahal dia yang kacau aku dulu. Lagipun aku tau dia suka layan teori2 aku.

"Dalam relationship mana pun, siapa yang ikut cakap siapa akan bergantung pada scale of hotness (skala kepanasan)." Aku mula bebicara.

Skala kepanasan ini akan mempengaruhi faktor membuat keputusan, pertimbangan dan sebagainya. Siapa yang kurang hot akan terpaksa mengikut sahaja. Lebih buruk lagi jika sebenarnya persepsi tahap hot anda terhadap pasangan anda mengaburi realiti yang sebenarnya dia tidaklah hot mana.

Jadi, untuk mengatasinya, sila tingkatkan daya hotness anda.

Atau sila lari ke Lombok.

1 comment: